Kaedah pendaftaran latihan industri secara berkomputer

Nasroddin, Syafarizan (2002) Kaedah pendaftaran latihan industri secara berkomputer. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1350Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau kesesuaian Kaedah Pendaftaran Latihan Industri Secara Berkomputer dilaksanakan di kalangan pelajar-pelajar politeknik, iaitu samada mereka memerlukan kaedah ini untuk tujuan pendaftaran latihan industri. Kajian adalah direkabentuk menggunakan pendekatan tinjauan dan pengumpulan data melalui instrumentasi borang soal selidik. Seramai 155 orang responden (pelajar) dipilih secara rawak bagi mewakili populasi yang beijumlah 258 orang dan 5 orang responden (penyelaras). Penganalisaan data adalah dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 10. Data dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar dan penyelaras bersetuju sekiranya kaedah ini diaplikasikan di politeknik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa melalui kaedah ini dapat menjimatkan masa pendaftaran jika dibandingkan dengan kaedah manual. Walaubagaimanapun apa yang perlu ditekankan di sini adalah adanya keijasama dari semua pihak dalam menjayakan kaedah pendaftaran latihan industri ini

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
ID Code:1205
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 09:36
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page