Kriteria pemilihan jenis pakej perisian perakaunan bagi memenuhi keperluan silabus diploma perakaunan di politeknik

Hashim, Haszlina (2003) Kriteria pemilihan jenis pakej perisian perakaunan bagi memenuhi keperluan silabus diploma perakaunan di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.

[img]PDF
1132Kb

Abstract

Kemahiran pakej perisian perakaunan merupakan satu perkara penting dalam pemilihan pekeIja oleh majikan dalam sektor pekeIjaan. Bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkelayakan dan memenuhi kehendak pasaran, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendedahkan kemahiran penggunaan pakej perisian ini di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di Politeknik. Terdapat pelbagai jenis pakej perisian perakaunan di pasaran dan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kriteria pemilihan pakej perisian perakaunan tersebut. Kaedah tinjauan dilakukan ke atas tiga pihak yang terlibat iaitu 10 orang bagi pihak Politeknik, 65 orang pelajar perakaunan dan 30 buah firma audit. Dapatan kajian dianalisis dan dikemukan dalam bentuk analisis deskriptif menggunakan skor min, kekerapan dan peratusan. Dapatan menunjukkan terdapat 5 aspek yang diambil kira dalam pemilihan pakej perisian iaitu aspek penyampaian, penggunaan, isi kandungan, kesesuaian dan kreativiti bagi memastikan ia bertepatan dengan keperluan sektor pekerjaan semasa. Hasil daripada kajian, satu senarai semak pemilihan pakej perisian perakaunan dicadangkan dengan harapan ia dapat membantu pihak Politeknik membuat pemilihan pakej perisian yang sesuai untuk didedahkan kepada pelajar perakaunan di Politeknik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
ID Code:1207
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Apr 2011 10:06
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page