Hisham, Mohammad Fateh and Sarpin, Norliana and Omar, Roshartini and Mohamed, Sulzakimin and Md Gharip, Nor Hazlin and Ismayatim, Norddin (2024) Pengintegrasian building information modelling (BIM) dalam pengurusan rantaian bekalan bahan binaan dalam projek pembinaan. In: RESEARCH IN MANAGEMENT OF TECHNOLOGY AND BUSINESS.
Text
P16889_9f707b645816d67344c4476945db5bbd.pdf 14.pdf Download (627kB) |
Abstract
Rantaian bekalan bahan pembinaan menghadapi beberapa kesukaran yang boleh memberi kesan pada tarikh akhir projek, kos dan kecekapan keseluruhan. Untuk menangani masalah tersebut, langkah proaktif seperti komunikasi yang lebih baik dan penggunaan penyelesaian teknologi seperti BIM diperlukan. Menangani cabaran ini boleh membantu pengurusan rantaian bekalan pembinaan menjadi lebih berkesan, mengurangkan kos dan meningkatkan hasil projek. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kebaikan penggunaan BIM serta cabaran untuk mengintegrasi BIM dalam pengurusan rantaian bekalan bahan binaan dan langkah-langkah untuk menggalakkan penggunaan BIM dalam kalangan pemain industri untuk menambahbaik pengurusan rantaian bekalan bahan pembinaan. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kuantitatif digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada syarikat kontraktor gred G7 di Johor bahru. Seramai 110 responden mewakili 55% daripada keseluruhan borang soal selidik yang diedarkan yang terlibat dalam kajian ini. Semua maklum balas dan data yang diterima dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dengan bantuan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati kebaikan menggunakan BIM dalam pengurusan rantaian bekalan bahan binaan yang paling utama ialah dapat memberikan pandangan menyeluruh tentang projek pembinaan secara digital. Manakala bagi cabaran yang paling utama dalam mengintegrasi BIM dalam pengurusan rantaian bahan binaan ialah BIM memerlukan penggunaan peralatan teknologi yang canggih. Antara langkah yang utama untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut ialah subsidi daripada kerajaan. Justeru, kajian ini diharapkan serba sedikit dapat membantu mengatasi cabaran-cabaran mengintegrasi BIM dalam pengurusan rantaian bekalan bahan pembinaan dan dapat menggalakkan lagi penggunaan BIM dalam kalangan pemain industri
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Rantaian Bekalan Pembinaan, Building Information Modelling (BIM), Kebaikan, Cabaran, Penambahbaikan |
Subjects: | T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Faculty of Technology Management and Business > FPTP |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 01 Dec 2024 03:54 |
Last Modified: | 01 Dec 2024 03:55 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/12123 |
Actions (login required)
View Item |