Hubungan antara kompetensi pengurusan keusahawanan dengan niat inovatif memulakan perniagaan dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Afandi, Nur Anis Allisya and Azizan, Anim Zalina (2024) Hubungan antara kompetensi pengurusan keusahawanan dengan niat inovatif memulakan perniagaan dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. In: RESEARCH IN MANAGEMENT OF TECHNOLOGY AND BUSINESS.

[img] Text
P17139_b492d0e6a0c3ff539f625c1d8432cf76.pdf 3.pdf

Download (705kB)

Abstract

Dalam ekonomi kini, pelajar yang ingin menceburi bidang keusahawanan haruslah mempunyai dua perkara yang paling penting iaitu kemahiran pengurusan usahawan dan keinginan untuk memulakan perniagaan dengan cara yang inovatif. Salah satu cara untuk meningkatkan niat inovatif memulakan perniagaan adalah kemahiran berkomunikasi yang ada pada seseorang individu. Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kompetensi pengurusan keusahawanan yang mencetuskan idea inovatif memulakan perniagaan. Seterusnya, kajian ini juga untuk mengkaji tahap niat inovatif memulakan perniagaan serta untuk mengkaji hubungan antara kompetensi pengurusan keushawanan dan niat inovatif memulakan perniagaan dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kajian ini akan menggunakan borang soal selidik yang berbentuk Google Form. Seramai 375 orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah melengkapkan borang soal selidik melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Aplikasi SPSS juga digunakan untuk memperoleh analisis deskriptif dan analisis korelasi. Analisis deskriptif digunakan untuk menentukan nilai purata dan sisihan piawai. Analisis korelasi pula adalah untuk menentukan normaliti data kajian ini menggunakan dua kaedah kajian iaitu secara visual dan statistik. Akhir sekali, hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan kompetensi pengurusan keusahawanan dengan niat inovatif memulakan perniagaan di kalangan pelajar UTHM

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kompetensi pengurusan keusahawanan, niat inovatif, kemahiran berkomunikasi, kemahiran membina rangkaian, kecekapan kreativiti dan inovatif
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > FPTP
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 22 Apr 2025 01:17
Last Modified: 22 Apr 2025 01:17
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/12242

Actions (login required)

View Item View Item