Pengaplikasian pembelajaran terarah kendiri dalam subjek percukaian

Ahmad, Adiebah (2002) Pengaplikasian pembelajaran terarah kendiri dalam subjek percukaian. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
950Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada Pembelajaran Terarah Kendiri diaplikasi dalam proses pembelajaran subjek Percukaian Malaysia I terutama subjek bab Sistem Taksiran Sendiri (STS). Pembelajaran Terarah Kendiri merupakan salah satu kaedah pembelajaran bestari yang melibatkan elemen-elemen motivasi, metakognitif, penentuan strategi pembelajaran, kepekaan konteks, memahami isi pelajaran dan penggunaan sumber luaran sebagai bantuan. STS pula satu sistem penaksiran cukai yang memerlukan pembayar cukai membuat pengiraan cukainya sendiri. Responden kajian terdiri daripada 50 orang pelajar semester VI, Diploma Akauntansi di POLIMAS. Data-data dianalisis dengan menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 10.0 bagi mendapatkan skor min, peratusan dan kolerasi pearson. Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, didapati 66 peratus responden telah menggunakan Pembelajaran Terarah Kendiri dalam proses pembelajaran subjek ini. Manakala satu hubungan positif telah wujud di antara elemen-elemen dalam Pembelajaran Terarah Kendiri dengan pemahaman pelajar terhadap subjek STS. Namun, hubungan tersebut sekadar lemah atau sangat lemah dan tiada signifikan menunjukkan bahawa walaupun ada hubungan tetapi ia tidak mampu memberikan pemahaman yang baik kepada pelajar tersebut. Nilai skor min bagi pelajar yang yakin mampu mengaplikasikan STS adalah 4.8 iaitu berada di tahap setuju. Peratusan menunjukkan, 98 peratus responden yakin mampu mengaplikasikan STS ini. Semua hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Cadangan-cadangan diberikan untuk menunjukkan bagaimana pengaplikasian elemen-elemen Pembelajaran Terarah Kendiri boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisyen dalam us aha meningkatkan pemahaman seterusnya meningkatkan prestasi pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:H Social Sciences > HJ Public Finance
ID Code:1228
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 09:32
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page