A. Rahman, Shahril Effendi (2019) Rawatan larut resapan menggunakan penjerap media komposit karbon teraktif, zeolit, batu kapur dan enapcemar sisa kertas. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p SHAHRIL EFFENDI A RAHMAN.pdf Download (674kB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
SHAHRIL EFFENDI A RAHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (11MB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
SHAHRIL EFFENDI A RAHMAN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi meneroka potensi WPS dan LS untuk menggantikan sebahagian AC dan ZEO dalam penghasilan media komposit baharu. Nisbah optimum AC-WPS (media hidrofobik) adalah 2:2, manakala ZEO-LS (media hidrofilik) adalah 25:15. Nisbah optimum 4:4 media hidrofobik-hidrofilik dipilih berdasarkan ciri-ciri penjerapan NH3-N dan COD, dan 30 % OPC telah digunakan sebagai bahan pengikat. Media komposit ZELPA telah dihasilkan dan pencirian sifat fizikal-kimia dilakukan. ZELPA digunakan dalam kajian isoterma penjerapan NH3-N, COD dan warna pada keadaan optimum pH 7, kelajuan goncangan 200 rpm, saiz partikel 1.18-2.36 mm dan masa sentuhan 120 minit. Setelah ujian kelompok dilaksanakan, ujikaji isoterma penjerapan dan kinetik penjerapan dilakukan. Kapasiti penjerapan untuk kesemua parameter (dalam mg/g) masing-masing 27.55, 48.08 dan 34.48. Kajian perbandingan menunjukkan keupayaan penjerapan ZELPA terhadap NH3-N dan COD adalah lebih baik daripada ZEO dan AC, dan setanding dengan AC bagi penjerapan warna. Kajian kinetik penjerapan mendapati ZELPA mengikuti hampir kesemua model yang dikaji iaitu pseudo tertib pertama dan kedua, Elovich dan pembauran intra-partikel. Kajian penjerapan turus dengan menggunakan model EBCT menunjukkan penyingkiran sebanyak 99 % untuk NH3-N dan 98 % untuk COD dan warna. Kapasiti bolos dan masa tepu didapati makin berkurangan dengan berlakunya peningkatan terhadap kadar aliran. Didapati data uji kaji lebih mematuhi Model Thomas dan Yoon-Nelson berbanding Adams-Bohart. ZELPA boleh digunakan semula selepas menjalani ujikaji regenerasi dengan larutan 0.5 M NaCl pada pH 11-12 (dilaras dengan 1 M NaOH). Dengan kapasiti penjerapan untuk NH3-N, COD dan warna (dalam mg/L) masing-masing 32.26, 38.76 dan 31.95. Gabungan media alternatif WPS dan LS menunjukkan impak positif dalam penjerapan larut resapan. Penggunaan WPS dalam teknologi penjerapan secara tidak langsung berupaya menangani masalah pelupusan sisa kertas yang tidak boleh dikitar semula.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology |
Divisions: | Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Structural and Materials Engineering |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 05 Jul 2021 02:14 |
Last Modified: | 05 Jul 2021 02:14 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/125 |
Actions (login required)
View Item |