Kertas Konsep Pembangunan Model Kompetensi Digital Pendidik TVET ke Arah Transformasi Digital

Md Hani, Mohd Hatta and Ismail, Affero and Ahmad, Muhammad Fazrulhelmi and Abdul Samad, Sam Faheeda and Mohamad, Zawawi and Hafidzi, Anwar (2025) Kertas Konsep Pembangunan Model Kompetensi Digital Pendidik TVET ke Arah Transformasi Digital. In: MULTIDISCIPLINARY APPLIED RESEARCH AND INNOVATION.

[img] Text
P17894_0cf15ae6fca4f359e7e8464dcb52d8b0.pdf

Download (873kB)

Abstract

Pendigitalan dalam pendidikan memberikan cabaran baharu kepada pendidik bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan transformasi digital. Pendidik TVET perlu berdaya saing mendepani transformasi digital dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran agar penyampaiannya berkesan untuk melahirkan pelajar yang kalis masa depan. Kemajuan teknologi digital dan ICT telah menjadikan kompetensi digital pendidik begitu penting dalam pembangunan profesional dan kapasiti pendidik TVET. Walaupun terdapat beberapa kerangka kompetensi digital antarabangsa, namun model khusus untuk pedagogi TVET masih belum dibangunkan. Kajian ini bertujuan membangunkan model kompetensi digital untuk pendidik TVET menggunakan pendekatan kaedah campuran (mix-method) dengan rekabentuk Kaedah Bercampur Penerokaan Berjujukan (Exploratory Sequential Mix-Method) melalui fasa pertama secara kualitatif (temu bual) dan fasa kedua secara kuantitatif (soal selidik). Fasa pertama melibatkan analisis dokumen dan temu bual dengan 11 pakar, manakala fasa kedua menggunakan soal selidik dengan 85 pendidik TVET di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Data dianalisis menggunakan analisis tema, Fuzzy Delphi (FDM), dan Permodelan Kuasa Dua Separa Terkecil (PLS-SEM). Dapatan kajian mengenal pasti domain, elemen, dan sub-elemen kompetensi digital, menghasilkan model kompetensi digital untuk pendidik TVET. Model ini diharapkan dapat menjadi panduan bagi melahirkan pendidik TVET yang kompeten dan berkualiti pada masa hadapan

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Center for Diploma Studies > Dept. of Information Technology
Depositing User: ENCIK MOHD FAHMIE BIN NURADDIN
Date Deposited: 22 Apr 2025 08:16
Last Modified: 22 Apr 2025 08:16
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/12565

Actions (login required)

View Item View Item