Pembangunan kerangka transferable skills bagi perlaksanaan penyelidikan dalam kalangan pelajar pascasiswazah di Malaysia

Sri Sumarti, Sri Sumarti (2019) Pembangunan kerangka transferable skills bagi perlaksanaan penyelidikan dalam kalangan pelajar pascasiswazah di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SRI SUMARWATI.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SRI SUMARWATI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SRI SUMARWATI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Malaysia berhasrat menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi maka keperluan sumber manusia profesional iaitu graduan pascasiswazah adalah semakin mendesak. Namun demikian, timbul isu tentang tekanan yang dihadapi pelajar dalam menjalankan penyelidikan, seperti putus asa, hilang minat, hilang keyakinan diri, tidak fokus, mengalami tekanan mental, ketandusan idea, tidak mencapai target yang diinginkan, hilang komitmen dan gagal dalam menamatkan pengajian. Terdapat keperluan terhadap peranan transferable skills untuk melakukan pelbagai aktiviti, untuk mencapai sasaran dan menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang proses penyelidikan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan kerangka transferable skills bagi perlaksanaan penyelidikan dalam kalangan pelajar pascasiswazah di Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan reka bentuk penerokaan bercampur berurutan yang melibatkan kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. Peserta temu bual iaitu seramai 11 orang pakar dan peserta kajian Fuzzy Delphi iaitu 13 orang pakar, yang telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Sampel bagi kajian tinjauan pula iaitu seramai 483 pelajar pascasiswazah dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan di universiti awam yang terdapat di Malaysia, telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis mengikut kadar. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat enam domain transferable skills dan 22 elemen transferable skills. Kajian ini mendapati bahawa pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah memberikan tahap persetujuan yang tinggi terhadap enam domain dan 22 elemen transferable skills. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kesesuaian domain dan elemen transferable skills untuk menjalankan proses penyelidikan berdasarkan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Kajian ini juga mendapati bahawa kerangka transferable skills yang dibangunkan adalah sah dan boleh dipercayai untuk menjadi panduan bagi perlaksanaan penyelidikan dalam kalangan pelajar pascasiswazah di Malaysia. Oleh yang demikian, pengkaji berharap kerangka transferable skills yang dibangunkan melalui kajian ini dapat menjadi panduan bagi pelajar pascasiswazah untuk mencapai target yang diinginkan dan dapat menyelesaikan penyelidikan sebagaimana tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya menamatkan pengajian.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 05 Jul 2021 02:18
Last Modified: 05 Jul 2021 02:18
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/127

Actions (login required)

View Item View Item