Penggunaan manual pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik gunaan (geometri koordinat)

Ismail, Zaitun (2003) Penggunaan manual pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik gunaan (geometri koordinat). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1798Kb

Abstract

Kejayaan sesuatu proses pengajaran amat bergantung kepada pemilihan stra pengajaran yang efektif oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti manual pengajaran dilihat dapat membantu guru dalam melaksanakan tugas mendidik dengan lebih berkesan. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji tahap penerimaan guru kesan penggunaan manual pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Gunaan (geometri koordinat) di peringkat menengah. Kajian yang dijalankan; adalah menggunakan rekabentuk pra dan pasca ujian dengan dua kumpulan eksperimen dan kawalan. Sampel kajian adalah semua guru-guru matematik dan dua kumpulan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Instrumen kajian: ialah borang soal selidik dan dua ujian pencapaian untuk ujian Matematik pra dan ] Hasil kajian mendapati bahawa penerimaan guru terhadap penggunaan manual pengajaran adalah positif yang mana purata keseluruhan skor bagi setiap kriteria ya diuji adalah melebihi 3.00. Penggunaan manual pengajaran guru juga telah memba meningkatkan pencapaian pelajar dalam ujian Geometri Koordinat sebanyak 7.34 % Peningkatan ini bukan sahaja signifikan dari segi statistik tetapi akademik. Selain itu penggunaan manual pengajaran ini juga telah meningkatkan interaksi dua hala; guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Kesimpulan yang telah di buat ialah: penggunaan manual pengajaran oleh guru-guru sebagai bahan bantu pengajaran bo membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Matematik Gunaan (geometri koordinat). Sebagai cadangan tambahan skop bagi manual pengi yang dibangunkan perlu diperluaskan bagi memperolehi kesan yang lebih baik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1328
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 10:56
Last Modified:29 Apr 2011 14:43

Repository Staff Only: item control page