Penggunaan media elektronik dalam pembelajaran: tinjauan terhadap kemahiran penggunaan internet di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan KUiTTHO.

Mohamed, Md. Ashraf (2001) Penggunaan media elektronik dalam pembelajaran: tinjauan terhadap kemahiran penggunaan internet di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1302Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau kemahiran penggunaan internet di kalangan para pelajar Sarjana Pendidikan KUiTTHO, meninjau samada mereka menggunakan internet untuk tujuan pembelajaran dan meninjau mengenai penyediaan kemudahan internet serta program latihan oleh pihak universiti. Di samping itu juga, kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau samada terdapat perbezaan di antara kemahiran penggunaan internet dengan semester pengajian responden. Kajian adalah direkabentuk menggunakan pendekatan tinjauan dan pengumpulan data melalui kaedah instramentasi borang soal selidik. Seramai 196 orang responden dipilih secara rawak bagi mewakili populasi yang beijumlah 397 orang. Penganalisaan data adalah dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 10. Data dianalisa secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar mahir dalam penggunaan internet yang mana mereka menggunakannya untuk tujuan pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kemahiran penggunaan internet adalah tidak bebeza mengikut semester pengajian responden. Walaubagaimanapun apa yang perlu ditekankan di sini adalah pihak universiti didapati masih tidak menyediakan kemudahan internet yang memuaskan dan tiada program latihan yang dijalankan untuk membantu para pelajar dalam konteks untuk meningkatkan kemahiran mereka mengenai penggunaan internet iaitu salah satu daripada aplikasi teknologi maklumat yang terpenting pada masa kini.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
ID Code:1338
Deposited By:Mrs Hasliza Hamdan
Deposited On:20 Apr 2011 10:57
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page