Keseragaman persijilan kemahiran Malaysia tahap 1 (lukisan struktur dan kejuruteraan awam) di institut - institut latihan awam

Hussien, Atan (2000) Keseragaman persijilan kemahiran Malaysia tahap 1 (lukisan struktur dan kejuruteraan awam) di institut - institut latihan awam. Masters thesis, Institut Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1985Kb

Abstract

Kajian yang dilaksanakan bertujuan untuk meninjau sistem pelaksanaan program latihan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan di institusi-institusi latihan awam di dalam negara ini. Objektif kajian adalah untuk melihat paras keseragaman latihan kemahiran di dalam bidang Lukisan Struktur dan Kejuruteraan Awam Tahap 1 di tiga buah kumpulan pelatih. Tinjauan pelaksanaan program yang dibuat terfokus kepada tiga kumpulan responden dari Institut Kemahiran Mara, Institut Teknologi Tun Hussein Onn dan Sekqlah Menengah Teknik yang melibatkan pelatih dan pengajarnya. Penyelidik telah mengenalpasti empat ciri keseragaman terpenting bagi kajian iaitu; (1) penggunaan peralatan dan kemudahan latihan, (2) pelaksanaan kurikulum latihan, (3) sistem penilaian dan mod-modnya dan (4) tempoh pelaksanaan oleh pelatih. Kajian ini dilakukan melalui kaedah soalselidik dan temubual terhadap responden yang dipilih. Dapatan dari kajian ini jelas menunjukkan ada beberapa elemen di dalam program latihan kemahiran bagi bidang Lukisan Struktur dan Kejuruteraan Awam dilihat tidak seragam pelaksanaanya. Implikasinya akan mendorong kepada wujudnya ketidaksetaraan ketrampilan pemegang SKM Tahap 1 di dalam negara ini. Di akhir kajian ini, penyelidik mencadangkan beberapa penyelesaian dan pendekatan yang mungkin boleh digunakan bagi mewujudkan keseragaman di dalam pelaksanaan program Persijilan Kemahiran Malaysia. Antaranya adalah dengan membangunkan Panduan Pembelajaran (Learning Guide), kurikulum yang harus dikaji semula, pembangunan prasarana yang dibuat secara berjadual, pelaksanaan satu sistem nilaian yang menggambarkan aras pencapaian sebenar pelatih dengan merujuk kepada julat aras ketrampilan (benchmark) yang piawai serta pemantauan pelaksanaan sistem yang menyeluruh dan seragam dari semua aspek.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1340
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:20 Apr 2011 11:01
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page