Pembangunan web CD prosedur kerja luar ukur teodolit makmal teknologi ukur pembinaan, KUITTHO

Hamid, Halina (2004) Pembangunan web CD prosedur kerja luar ukur teodolit makmal teknologi ukur pembinaan, KUITTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1763Kb

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan Penghasilan Web CD Prosedur Keija Luar Ukur Teodolit Makmal Teknologi Ukur Pembinaan untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang dihasilkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada dengan pembangunan Web CD ini mampu memberi kefahaman kepada pelajar serta kesesuaian penggunaan Web CD ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dalam semester II sesi 2003/2004. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic For The Social Science (SPSS) Version 11.0 untuk mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan penghasilan Web CD ini dapat membantu memudahkan proses pembelajaran terutamanya dari aspek peningkatan kefahaman dan motivasi. Selain daripada itu, penggunaan Web CD ini sesuai diaplikasikan dalam pembelajaran.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General) > TA501-625 Surveying
ID Code:1391
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:09 May 2011 08:40
Last Modified:09 May 2011 08:40

Repository Staff Only: item control page