Pembangunan kemahiran penyelesaian masalah berlandaskan projek origami

Abdul Latif, Abdul Mutalip (2014) Pembangunan kemahiran penyelesaian masalah berlandaskan projek origami. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p ABDUL MUTALIP ABDUL LATIF.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
ABDUL MUTALIP ABDUL LATIF WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kemahiran penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas. Ia merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap kemahiran menyelesaikan masalah tugasan folio dengan berlandaskan seni lipatan kertas. Ini bagi membantu pelajar meningkatkan elemen kemahiran penyelesaian masalah seperti mengenalpasti masalah, merancang dan melaksanakan strategi serta dapat menyelesaikan apa jua sebarang masalah. Kajian ini bersifat kuantitatif dengan reka bentuk eks pos fakto yang menggunakan instrumen soal selidik secara tinjauan awal dan tinjauan akhir seterusnya dianalisis menggunakan SPSS versi 21. Setiap keputusan dapatan ditunjukkan dalam bentuk min, peratus dan ujian T. Sampel kajian adalah terdiri 30 orang pelajar tahun 2 semester 3 jurusan Pemesinan Industri. Dapatan keseluruhan min sebelum aktiviti bengkel ialah 3.43 manakala selepas aktiviti bengkel min ialah 4.03. Keputusan hasil kajian ini mendapati kemahiran penyelesaian masalah selepas menjalani aktiviti origami, berada pada tahap yang tinggi. Oleh yang demikian, cadangan penyelidik untuk mengemukakan kemahiran penyelesaian masalah berlandaskan kaedah origami di terima baik dan bagi membantu pihak tertentu terutamanya Pihak Kolej Vokasional Melaka Tengah dalam menyelesaikan masalah tugasan folio di kalangan pelajar

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Oct 2021 06:50
Last Modified: 03 Oct 2021 06:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1420

Actions (login required)

View Item View Item