Tahap penglibatan orang dewasa dalam pendidikan teknik dan vokasional melalui kelas anjuran Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Idris, Isratun (2001) Tahap penglibatan orang dewasa dalam pendidikan teknik dan vokasional melalui kelas anjuran Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1606Kb

Abstract

Kajian kes ini dibuat adalah bertujuan untuk meninjau tahap penglibatan orang dewasa dalam pendidikan teknik dan vokasional melalui kelas anjuran Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Tahap penglibatan ini dilihat dari segi alasan penyertaan mereka, faktor dorongan serta kesan terhadap beberapa aspek. Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan KEMAS Sri Gading dengan populasinya ialah 130 orang dan sampel kajian sebanyak 100 telah diambil. Dapatan kajian yang diperolebi menunjukkan bahawa orang dewasa menyertai kelas kemahiran yang dianjurkan kerana beberapa alasan dan antaranya ialah minat belajar, menambahkan kemahiran, mengisi masa lapang dan sebagainya. Dari segi dorongan, hasil kajian menunjukkan orang dewasa menyertai kelas kemahiran ini dengan dorongan diri sendiri, sahabat dan keluarga. Akhir sekali perkara yang di kaji ialah kesan kerana mengikuti kelas kemahiran yang dianjurkan iaitu mereka mendapat kemahiran yang diperlukan, dapat mengisi masa lapang, menambah ilmu dan lain-lain lagi. Pada keseluruhannya boleh dikatakan penglibatan orang dewasa di dalam kelas kemahiran ini mampu memenuhi hasrat kerajaan untuk menanam budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1438
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:28 Apr 2011 11:38
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page