Gaya belajar pelajar tingkatan lima aliran perdagangan di lima buah sekolah menengah teknik : satu kajian

Abd Rahman, Mohd Faizal (2004) Gaya belajar pelajar tingkatan lima aliran perdagangan di lima buah sekolah menengah teknik : satu kajian. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
2072Kb

Abstract

Kajian ini mengenal pasti gaya belajar Visual, Auditori dan Kinestetik pelajar tingkatan lima aliran perdagangan di lima buah sekolah menengah teknik. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti peratus setiap kecenderungan gaya belajar di setiap sekolah yang dikaji. Satu ratus lima puluh orang pelajar telah dijadikan responden kajian. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan instrumen pengumpulan data yang digunakan adalah borang soal selidik yang telah diubahsuai dari Learning Style Inventory. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.5 bagi mendapatkan peratus, min, sisihan piawai serta mengenal pasti sekiranya terdapat perbezaan yang signifikan setiap skor gaya belajar di kalangan sekolah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan peratus kecenderungan gaya pelajar paling tinggi ialah gaya belajar Auditori diikuti dengan gaya belajar Kinestetik dan Visual.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:1457
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:28 Apr 2011 11:22
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page