Pembangunan bahan pembelajaran berbentuk CD-ROM interaktif bagi subjek Kartografi di politeknik

Hussin, Husnira (2003) Pembangunan bahan pembelajaran berbentuk CD-ROM interaktif bagi subjek Kartografi di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1245Kb

Abstract

Pada masa kini negara yang menguasai teknologi maklumat akan menjadi sebuah negara yang maju. Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan sebuah CD Interaktif bagi subjek Kartografi di Politeknik. Cd Interaktif yang diberi nama sebagai e-Carto ini kemudiannya diuji dari tiga aspek utama iaitu isi kandungan, antaramuka dan strategi P & P yang digunakan. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar semester tiga Diploma Ukur tanah (3 DUT) di Politeknik Sultan Ahmad Shah. Manakala, instrumen yang digunakan untuk penilaian ialah melalui kaedah soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi ini akan dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS dengan menggunakan kaedah Statistik Deskriptif untuk mendapatkan skor min. Dapatan Kajian menunjukkan bahawa pelajar telah menunjukkan maklumbalas yang positif terhadap e-Carto iaitu dari segi isi kandungan (M= 3.48), antaramuka (M = 3.41) dan strategi P & P ( M = 3.50). Secara keseluruhannya ia menujukkan bahawa penilaian ketiga-tiga aspek ini berada pada tahap tinggi. Oleh itu e-Carto sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran berbantukan komputer bagi subjek Kartografi di Politeknik.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GA Mathematical geography. Cartography
ID Code:1503
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 15:40
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page