Pembangunan halaman web Kartografi (CARToWeb) bagi menyediakan satu kemudahan pembelajaran di politeknik

Mohd Iham@Sham, Haslienda (2003) Pembangunan halaman web Kartografi (CARToWeb) bagi menyediakan satu kemudahan pembelajaran di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1347Kb

Abstract

Perkembangan teknologi pada masakini telah mewujudkan pelbagai media sokongan di dalam menyediakan satu kemudahan pembelajaran yang lebih efektif. Sorotan penulisan telah menunjukkan bahawa pembelajaran melalui web merupakan satu kaedah baru dalam menyusun dan menyampaikan bahan kuliah kepada pelajar. Oleh itu pembangunan CARTOWeb adalah bagi menyediakan satu kemudahan pembelajaran pelajar-pelajar Diploma Ukur Tanah di Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah. Instrumen kajian telah diedarkan kepada 52 orang pelajar mempunyai persepsi positif. Analisis skor min yang dijalankan terhadap 'Pendekatan Halaman Web Dalam P&P'(M=3.21),'Kandungan'(M=3.22),'Pemformatan Skrin' (M=3.28), dan lDokumentasi'(M3.23). Kajian juga mendapati penilaian halaman web secara keseluruhan M=3.30. Secara kesimpulannya, halaman web yang dibangunkan mencapai objektif yang dikehendaki iaitu dari segi kesesuaian rekabentuk, kandungan, keberkesanan membekalkan maklumat dan juga kemampuan menarik perhatian pengguna.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GA Mathematical geography. Cartography
ID Code:1507
Deposited By:Ms Aryanti Ahmad
Deposited On:20 Apr 2011 15:43
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page