Kepentingan mata pelajaran kokurikulum di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi : tinjauan ke atas pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO

Mohmad Som, Maizah (2001) Kepentingan mata pelajaran kokurikulum di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi : tinjauan ke atas pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]
Preview
PDF
1622Kb

Abstract

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kepentingan mata pelajaran kokurikulum kepada pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Di dalam kajian ini borang soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan Seramai 80 orang responden daripada pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik KUiTTHO telah dipilih bagi menjalankan kajian ini. Analisis data telah dibuat dengan menggunakan kaedah Statistical Package for Social Science (SPSS) bagi mendapatkan nilai peratusan dan min. Hasil kajian telah menunjukkan 33.8% daripada responden melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum adalah sebagai memenuhi syarat wajib yang telah ditetapkan oleh pihak KUiTTHO. Hasil kajian juga menunjukkan 71.3% daripada responden lebih tertarik kepada kegiatan kokurikulum berbentuk sukan dan rekreasi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan daripada responden mempunyai pandangan yang positif terhadap kepentingan melibatkan diri di dalam kegiatan kokurikulum. Namun begitu, diharapkan agar cadangan yang dikemukakan akan dapat meningkatkan lagi kesedaran di kalangan pelajar-pelajar IPT terhadap kepentingan melibatkan diri di dalam kegiatan kokurikulum.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB3602 School life. Student manners and customs
ID Code:1509
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:27 Apr 2011 15:09
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page