Peluang kerjaya lepasan politeknik bidang elektronik dan elektronik dan elektrik di sektor perindustrian elektronik di daerah Batu Pahat

Ibrahim, Shuhaila (2002) Peluang kerjaya lepasan politeknik bidang elektronik dan elektronik dan elektrik di sektor perindustrian elektronik di daerah Batu Pahat. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img]PDF
1156Kb

Abstract

Projek Sarjana ini bertajuk "Peluang kerjaya lepasan politekni(bidang elektronik dan elektrik di sektor perindustrian elektronik di daerah Batu Pahat". Secara keseluruhannya, objektif kajian ini dijalankan untuk melihat peluang-peluang kerjaya bagi graduan lepasan politeknik bidang elektronik dan elektrik di sektor perindustrian elektronik di daerah Batu Pahat. Projek Sarjana ini merupakan satu projek yang berbentuk kualitatif di mana responden terdiri daripada Pegawai Sumber Manusia kilang di sektor perindustrian elektronik di daerah Batu Pahat yang terpilih. Sepuluh buah kilang yang telah dipilih iaitu kilang SharpRoxy dan SMM di Batu 6, Batu Pahat, kilang Fujitsu di Parit Raja, Batu Pahat , kilang Mitsumi di Bukit Pasir, Batu Pahat, Asahi Electronics (M) Sdn. Bhd, Kawasan Perindustrian Mengkibol, Jalan Kluang, Akari Industries Sdn. Bhd, Jalan Ledang Tg. Laboh Batu Pahat, Alpha Electronics, Jalan Pegawai Batu Pahat, Action ElectTonics Trading Compo ny, Taman Banang Batu Pahat, Nexus Electonics Sdn. Bhd, Taman S. Sulong, Parit Sulong Batu Pahat, Nexquest Sdn. Bhd, Parit Kuari, Parit Raja, Batu Pahat dan Ishi Den Electronics (M) Sdn. Bhd, Kawasan Perindustrian Sri Gading. Data yang diperolehi adalah melalui temubual berstruktur. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat banyak peluang- peluang kerjaya lepasan politeknik bidang elektronik dan elektrik di sektor perindustrian elek1ronik di daerah Batu Pahat yang boleh diceburi oleh lepasan politeknik bidang elektronik dan elektrik apabila tamat pengajian kelak.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK7800-8360 Electronics
ID Code:1555
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:20 Apr 2011 16:37
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page