Penerapan kemahiran insaniah melalui pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran pengurusan kokurikulum di Fakulti Pendidikan Teknikal

Razak, Nor Rafidah (2008) Penerapan kemahiran insaniah melalui pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran pengurusan kokurikulum di Fakulti Pendidikan Teknikal. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
2040Kb

Abstract

Pengangguran dalam kalangan siswazah bukan disebabkan pencapaian akademik tetapi disebabkan kemahiran insaniah yang kurang diberi penekanan dalam sistem pendidikan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenai pasti elemen kemahiran insaniah yang diterapkan dan ciri pembelajaran koperatif yang dipratikkan dalam mata pelajaran pengurusan kokurikulum. Selain itu, kajian ini juga mengenai pasti hubungan antara kemahiran insaniah dan pembelajaran koperatif. Rekabentuk kajian ini adalah berdasarkan kaedah kuantitatif deskriptif. Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Sarjana Muda dan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu seramai 256 orang. Data-data diperolehi dengan menggunakan instrumen kajian iaitu borang soal selidik. Analisis kajian dilaksanakan dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 yang melibatkan ujian deskriptif dan ujian inferensi. Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan nilai skor min bagi elemen kemahiran insaniah dan ciri pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran pengurusan kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan kesemua elemen kemahiran insaniah diterapkan pada tahap yang tinggi dan hanya satu elemen sahaja diterapkan pada tahap yang sederhana dalam mata pelajaran pengurusan kokurikulum. Bagi ciri pembelajaran koperatif pula, dapatan menunjukkan kesemua ciri dipratikkan pada tahap yang tinggi. Manakala analisis kolerasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis pada aras 0.05. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan antara kemahiran insaniah dan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran pengurusan kokurikulum. Oleh itu, kemahiran insaniah dan pembelajaran koperatif perlu diterapkan dalam kalangan pelajar dalam mata pelajaran pengurusan kokurikulum.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LC Special aspects of education > LC0065 Social aspects of education
ID Code:1557
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:21 Apr 2011 08:44
Last Modified:29 Apr 2011 14:44

Repository Staff Only: item control page