Makhtar, Muhamad Azmi (2015) Kajian motivasi terhadap pelajar kolej vokasional dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Text (Copyright Declaration)
MUHAMAD AZMI BIN MAKHTAR COPYIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (685kB) | Request a copy |
||
|
Text (24 pages)
24p MUHAMAD AZMI BIN MAKHTAR.pdf Download (772kB) | Preview |
|
Text (Full Text)
MUHAMAD AZMI BIN MAKHTAR WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Motivasi merupakan elemen psikologi yang amat penting sebagai penggerak kepada seseorang individu untuk melakukan sesuatu.Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap dan mengenalpasti perbezaaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik ke atas pelajar Kolej Vokasional Kluang dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. Selain itu, kajian ini juga secara langsung dapat menyingkap sejauh mana sambutan pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk mengikuti pengajian di kolej vokasional dan keberkesanan transformasi pendidikan melalui pengstrukturan semula sistem pendidikan Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Seramai 148 pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 semester 2 Kolej Vokasional Kluang yang mengambil jurusan teknikal merangkumi 7 kursus pengajian dipilih sebagai respondan. Instrumen kajian menggunakan set borang soal selidik. Rekabentuk kajian adalah jenis kajian kes melalui pendekatan secara kuantitatif. Kajian ini melibatkan analisis statistik secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian “Statistical Package for Science Social” (SPSS) versi 21. Keputusan analisis dapatan menunjukkan motivasi intrinsik pada tahap yang tinggi di mana nilai min bersamaan 4.28 yang merangkumi faktor-faktor seperti keperluan, minat, ingin tahu, dan keseronokan manakala motivasi ekstrinsik pada tahap yang sederhana iaitu nilai min 2.90 yang mana merangkumi faktor-faktor seperti ganjaran, tekanan sosial dan hukuman. Selain itu, keputusan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal mengikut jantina (intrinsik, =0.97, ekstrinsik, =0.23) dan kursus pengajian(intrinsik, =0.98, ekstrinsik, =0.50) yang mana ( > 0.05). Sebagai kesimpulannya, motivasi intrinsik lebih berpengaruh berbanding motivasi ekstrinsik kerana pelajar lebih didorong oleh faktor dalaman berbanding faktor luaran sebagai penggerak untuk melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi |
Date Deposited: | 04 Oct 2021 01:24 |
Last Modified: | 04 Oct 2021 01:24 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1643 |
Actions (login required)
View Item |