Saparudin, Intan Farhana (2015) Pendekatan psikologi dakwah menangani histeria remaja muslim di Selangor. Doctoral thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
|
Text
24p INTAN FARHANA SAPARUDIN.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Gejala histeria dalam kalangan remaja di Malaysia merupakan epidemik sosial yang telah lama berlaku dalam masyarakat. Kejadian tersebut mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, psikologi, jasmani dan spiritual remaja. Pelbagai pendekatan pencegahan dilakukan oleh remaja dan pihak sekolah dalam menangani gejala yang berlaku, namun tidak menunjukkan pengurangannya. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep histeria, menganalisis faktor dan simptom histeria remaja, mengenal pasti pendekatan psikologi dakwah untuk menangani histeria, mengkaji kaedah pencegahan yang dilakukan remaja terhadap gejala histeria serta menganalisis hubungan antara faktor, simptom dan langkah pencegahan. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Seramai 122 orang responden yang mengalami histeria dari 10 buah sekolah di Selangor dipilih secara persampelan kelompok dan seramai 9 orang pelajar yang mengalami histeria ditemu bual. Temu bual turut dijalankan terhadap kaunselor, pakar psikiatri dan perawat perubatan Islam bagi menyokong dapatan kajian. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor histeria dalam kalangan remaja Muslim iaitu faktor psikologi, tekanan keluarga dan persekitaran, kepercayaan dan kebudayaan dan amalan keagamaan. Manakala dari aspek simptom, terdapat tiga bentuk simptom iaitu simptom gangguan emosi, psikiatri dan gangguan makhluk halus. Dari sudut pencegahan, remaja yang mengalami histeria kerap menggunakan pencegahan secara tazkiyah al-nafs, perawatan Islam dan psikiatri. Hasil analisis hubungan antara faktor dan simptom histeria mendapati faktor yang berhubung secara signifikan dengan ketiga-tiga simptom histeria adalah faktor psikologi, tekanan persekitaran dan kepercayaan dan kebudayaan. Manakala dari aspek pencegahan terdapat hubungan yang signifikan antara pencegahan tazkiyah al-nafs dan perawatan Islam dengan simptom gangguan emosi. Implikasi kajian dapat membantu pelbagai pihak dalam menangani punca dan simptom histeria remaja dengan menggunakan pendekatan psikologi 3 dakwah.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 04 Oct 2021 08:49 |
Last Modified: | 04 Oct 2021 08:49 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1731 |
Actions (login required)
View Item |