Zakaria, Haslina (2013) Faktor individu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi pemindahan latihan terhadap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTeM. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p HASLINA ZAKARIA.pdf Download (3MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
HASLINA ZAKARIA COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
HASLINA ZAKARIA WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) | Request a copy |
Abstract
Sesebuah proses pemindahan latihan boleh dipengaruhi oleh banyak faktor yang boleh mempengaruhi ia daripada berlaku. Faktor-faktor ini dapat diklasifikasikan dalam dua kategori utama, bergantung pada sama ada berkaitan dengan pelatih atau persekitaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor individu dan faktor persekitaran yang dikenalpasti mampu mempengaruhi sesebuah proses pemindahan latihan dalam kalangan pelatih mahupun pelajar. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 180 orang pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah menjalani Latihan Industri. Kaedah tinjauan, persampelan secara rawak dan instrument berbentuk soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferensi. Berdasarkan analisis yang dijalankan, hasil analisis mendapati 62 orang responden (34.44%) mempunyai persepsi tahap pemindahan di tahap yang tinggi. Manakala majoriti responden iaitu seramai 117 orang (68%) mempunyai persepsi tahap pemindahan yang sederhana. Bagi analisis hubungan antara faktor individu dengan pemindahan latihan secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan nilai korelasi adalah 0.537. Ini menunjukkan hubungan positif yang sederhana di antara faktor individu dengan pemindahan latihan. Manakala nilai korelasi faktor persekitaran terhadap pemindahan latihan ialah 0.623. Ini menunjukkan hubungan positif yang sederhana di antara faktor persekitaran dengan pemindahan latihan. Melalui hasil analisis ujian regressi, faktor persekitaran merupakan faktor yang dominan dalam mempengaruhi pemindahan latihan iaitu sebanyak 38.2%. Hasil kajian ini memberi gambaran mengenai persepsi tahap pemindahan latihan, hubungan di antara faktor yang mempengaruhi dengan pemindahan latihan dan faktor yang dominan dalam mempengaruhi sesebuah pemindahan latihan
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 12 Oct 2021 04:35 |
Last Modified: | 12 Oct 2021 04:35 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/1912 |
Actions (login required)
View Item |