Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KVKPM)

Sidek, Sabariah (2013) Hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia (KVKPM). Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p SABARIAH SIDEK.pdf

Download (3MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
SABARIAH SIDEK COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (59kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SABARIAH SIDEK WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis dimensi kecerdasan emosi pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 261 pelajar-pelajar yang mengambil pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kolej Vokasional Zon Selatan iaitu di Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Seremban dan Kolej Vokasional Melaka. Mereka dipilih secara rawak sistematik. Satu set soal selidik telah digunakan untuk kajian ini. Soal selidik merupakan instrumen utama yang akan digunakan untuk menentukan tahap kecerdasan emosi pelajar Kolej Vokasional Kluang. Soal selidik yang dibangunkan akan dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian A, dan bahagian B. Bagi bahagian B, soalan-soalan soal selidik diadaptasikan daripada kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan kecerdasan emosi dan pencapaian akademik pelajar. Dalam soalan soal selidik, dimasukkan lima domain penting dalam kecerdasan emosi (kompetensi diri dan kompetensi sosial), iaitu motivasi, kawalan kendiri, kesedaran kendiri, kemahiran sosial dan kepentingan orang ramai (empati). Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.951. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai kepada jenis- jenis dimensi kecerdasan emosi. Manakala statistik inferensi iaitu analisis Kolerasi Spearman digunakan untuk menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah iaitu hubungan kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Analisis menggunakan perisian SPSS menunjukkan terdapatnya hubungan dengan signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar iaitu pada nilai -0.007. Secara keseluruhannya, pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi berpotensi untuk memperolehi pencapaian akademik yang lebih baik.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 31 Oct 2021 01:51
Last Modified: 31 Oct 2021 01:51
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2118

Actions (login required)

View Item View Item