Peranan multimedia dan guru dalam pengajaran Sains, Matematik dan Teknikal dalam Bahasa Inggeris

Md Yunos, Jailani and Yamin, Sulaiman and Muhammad, Baharum and Esa, Ahmad and Yasak, Zurina and Mohamed Yusof, Anizam (2008) Peranan multimedia dan guru dalam pengajaran Sains, Matematik dan Teknikal dalam Bahasa Inggeris. In: Seminar Kebangsaan Jawatakuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG 2008), 13-15 December 2008, Bayview Hotel, Langkawi, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
55Kb

Abstract

Pada masa ini, dunia secara global telah mendapat tiupan perubahan yang mengutamakan kemajuan. Negara-negara membangun rata-ratanya sedar bahawa pembangunan sosial, ekonomi, kemajuan sains dan teknologi adalah kunci kekuatan negara yang sebenar. Alam pendidikan turut mengalami tekanan untuk turut serta dalam arus perubahan yang kuat dan pesat sekali. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamed (NST, 2003) menyatakan kerajaan perlu “...modifying or changing policy, an old policy, because of new situations”. Ini selari dengan Kogan (1985) yang menyatakan,“education policy and values interact with the moods and circumstances of their periods. ...it is, therefore, particularly prone to change as social and economic circumstances change”. Berasaskan kenyataan di atas, kerajaan Malaysia telah memutuskan supaya mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah diajar dalam bahasa Inggeris. Menteri Pendidikan pada masa itu, Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad menjelaskan kepada rakyat mengenai rasional tindakan ini melalui satu kenyataan akhbar, “Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, selain menambah masa kontak terhadap bahasa Inggeris.” (http://www.moe.gov.my/keratanBI.asp, 2002) Penggunaan komputer dan multimedia pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Perjalanan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepadanya. Dalam bidang pendidikan pula, penggunaan multimedia terutamanya komputer telah meresap di setiap bilik darjah. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Aspirasi untuk menjadi sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020 bergantung kepada bidang sains dan teknologi. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 telah memutuskan 1supaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahap Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Bawah mulai 2003 (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002). Pada tahun 2006, mata pelajaran teknikal di sekolah menengah juga mula menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Kini sudah hampir lima tahun proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berjalan. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 bilion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia, 29 Ogos 2006). Setakat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan kira-kira 97,000 unit laptop dan 70,000 unit LCD projektor ke seluruh sekolah di Malaysia.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1024 Teaching (Principles and practice)
P Language and Literature > PE English
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2274
Deposited By:M.Iqbal Zainal A
Deposited On:30 Jan 2012 11:52
Last Modified:30 Jan 2012 11:52

Repository Staff Only: item control page