Mohd Hassan @ Abdul Ghani, Mohd Shahril (2018) Model konsep kemahiran hijau Politeknik Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
24p MOHD SHAHRIL MOHD HASSAN @ ABDUL GHANI.pdf Download (10MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
MOHD SHAHRIL MOHD HASSAN @ ABDUL GHANI COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (10MB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
MOHD SHAHRIL MOHD HASSAN @ ABDUL GHANI WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) | Request a copy |
Abstract
Kemahiran hijau merupakan kemahiran yang diperlukan di dalam pasaran pekerjaan hijau yang berteraskan perekonomian hijau. Namun pada masa kini di Malaysia kemahiran hijau masih merupakan perkara baru dan perlu diterokai tentang jenis dan bentuk kemahiran tersebut. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan untuk meneroka dan menghasilkan Model Konsep Kemahiran Hijau Politeknik Malaysia untuk diterapkan di dalam kurikulum kejuruteraan mekanikal, awam dan elektrik. Kajian ini menggunakan kaedah Exploratory Sequential Mix-Method yang melibatkan 3 fasa kajian yang berfokuskan kepada bidang kejuruteraan mekanikal, awam dan elektrik. Fasa 1: pemerolehan data berkaitan dengan kemahiran hijau diperolehi melalui kaedah kualitatif. Perbincangan dijalankan dengan pakar kurikulum secara kumpulan fokus dan temu bual bersemuka dengan pakar TVET. Konsensus pakar diperolehi melalui Teknik Fuzzy Delphi. Hasil daripada fasa 1 sebanyak 31 elemen kemahiran hijau telah dikenal pasti. Sebelum fasa 2 dimulakan instrumen soal selidik telah dibangunkan berdasarkan dapatan fasa 1. Setelah kajian rintis dijalankan terdapat 8 elemen kemahiran hijau telah dikeluarkan kerana tidak memenuhi kehendak diagnosis yang dijalankan. Sejumlah 23 elemen kemahiran hijau dikekalkan bagi kajian seterusnya pada fasa 2. Pada fasa 2 penyelidik telah menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibangunkan bagi memperoleh data kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pekerja daripada industri dan 320 orang pensyarah Politeknik Malaysia daripada semenanjung Malaysia mengikut zon yang terpilih. Dapatan kajian kuantitatif dianalisis menggunakan perisian Winsteps V3.69.1.11 . Dapatan analisis menunjukkan secara keseluruhan pihak industri menunjukkan persetujuan pada tahap tinggi semua terhadap kepentingan elemen kemahiran hijau (min skor konstruk tempat kerja = 4.47, min skor konstruk akademik = 4.06, min skor konstruk keberkesana personel = 4.35). Pensyarah politeknik juga menunjukkan persetujuan pada tahap yang tinggi terhadap kepentingan elemen kemahiran hijau (min konstruk tempat kerja = 4.46, min konstruk akademik = 4.31, min konstruk keberkesana personel = 4.43). Namun dapatan analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap elemen kemahiran asas komputer (t = -2.28), pembelajaran sepanjang hayat (t =-2.14) tanggungjawab sosial (t = -2.11) dan etika dan profesional (t =2.21). Manakala fasa ketiga pula menggunakan analisis PCA bagi tujuan pengesahan kerangka model konsep kemahiran hijau. Analisis PCA menunjukkan Model Konsep Kemahiran Hijau Politeknik telah dapat disahkan secara empirikal (konstruk tempat kerja RVEM = 42.3 %, UV1stC = 2.4,10%, , konstruk akademik RVEM = 48.3 %, UV1stC = 2.7,9.8%, konstruk keberkesanan personel RVEM = 41.9 %, UV1stC =2.9,9.4%,)
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business > HF5381-5386 Vocational guidance. Career development |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 13 Jul 2021 03:07 |
Last Modified: | 13 Jul 2021 03:07 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/230 |
Actions (login required)
View Item |