Pembangunan kerangka konsep sokongan peningkatan pencapaian akademik pelajar-atlet Universiti Awam Malaysia

Rozali, Mohd Zulfadli (2018) Pembangunan kerangka konsep sokongan peningkatan pencapaian akademik pelajar-atlet Universiti Awam Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MOHD ZULFADLI ROZALI.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD ZULFADLI ROZALI COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (7MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD ZULFADLI ROZALI WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB) | Request a copy

Abstract

Pelajar-atlet yang menjalani sesi pengajian di peringkat pra-siswazah di Universiti Awam (UA) Malaysia mengalami masalah dalam meningkatkan pencapaian akademik. Tinjauan awal menunjukkan bahawa hampir 40 peratus pelajar-atlet mencatatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) di bawah 3.00. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu kerangka konsep sokongan peningkatan pencapaian akademik yang diperlukan oleh pelajar-atlet UA Malaysia dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka semasa menjalani sesi pengajian. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka bentuk yang melibatkan Kaedah Bercampur Penerokaan Berjujukan (Exploratory Sequantial Mix-Method) iaitu melibatkan kaedah temu bual dan soal selidik. Fasa pertama, kajian menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual berstruktur melibatkan 12 orang responden yang pakar dalam pengurusan pelajar-atlet untuk meneroka elemen sokongan peningkatan pencapaian akademik bagi pelajar-atlet. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tema untuk mengenal pasti tema-tema dan ditadbir serta dianalisis dengan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) bagi mendapat kesepakatan dan persetujuan pakar. Fasa kedua, kajian tinjauan melalui edaran soal selidik kepada 85 pelajar pra-siswazah (atlet negara) dan merupakan pemegang biasiswa sukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menjalani sesi pengajian di Universiti Awam (UA) Malaysia. Data kajian tinjauan dianalisis menggunakan Permodelan Kuasa Dua Separa Terkecil (PLS-SEM) untuk meramal domain-domain dan elemen-elemen yang terlibat. Dapatan kajian menerusi temu bual serta kesepakatan pakar mendapati wujud tiga domain, 23 elemen dan 97 sub- elemen. Manakala dapatan kajian tinjauan pula menunjukkan domain dan elemen sah dan boleh dipercayai. Dapatan juga menunjukkan domain aspek akademik (p,0.494) merupakan domain yang paling diperlukan dalam sokongan peningkatan pencapaian akademik bagi pelajar-atlet diikuti dengan domain aspek persekitaran (p,0.452) dan psikologikal-sosial (p,0.237). Akhirnya, satu kerangka konsep sokongan peningkatan pencapaian akademik pelajar-atlet di UA Malaysia dihasilkan berdasarkan penilaian model pengukuran.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 13 Jul 2021 03:08
Last Modified: 13 Jul 2021 03:08
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/231

Actions (login required)

View Item View Item