Hubungan antara penyeliaan pengajaran, kesediaan mengajar dan profesionalisme guru di kalangan guru teknikal

Lim, Yeong Chyng (2007) Hubungan antara penyeliaan pengajaran, kesediaan mengajar dan profesionalisme guru di kalangan guru teknikal. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text (Copyright Declaration)
LIM YEONG CHYNG - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (311kB) | Request a copy
[img]
Preview
Text (24 pages)
LIM YEONG CHYNG - 24p.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Full Text)
LIM YEONG CHYNG - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Bagi memperbaiki kualiti pendidikan, penyeliaan pengajaran yang berkesan perlu ditegaskan dalam proses pengajaran guru. Penyeliaan sebagai salah satu mekanisme penting dalam Standard Kualiti Pelajaran Malaysia (SKPM) untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, sekali gus mengesan kelemahan dan membuat penambahbaikan. Kajian yang telah dijalankan adalah berbentuk kuantitatif untuk mengenal pasti hubungan antara penyeliaan pengajaran, kesediaan mengajar dan profesionalisme guru di kalangan guru teknikal. Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap kepentingan penyeliaan pengajaran, tahap kesediaan mengajar guru semasa penyeliaan pengajaran berlaku dan hubungan di antara persepsi guru terhadap kepentingan penyeliaan pengajaran dengan tahap profesionalisme guru. Secara khususnya kajian ini adalah berbentuk tinjauan di mana setiap maklumat itu diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada guru teknikal di enam buah Sekolah Menengah Teknik di Pulau Pinang. Sampel kajian adalah seramai 120 orang responden. Dalam kajian rintis, nilai alpa penyeliaan pengajaran keseluruhan mencapai 0.963. Perisian Statiscal Package for Social Sciences (SPSS 13.0) digunakan dalam pemprosesan dan penganalisaan data. Kesemua data dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif dan statistik inferensi. Kaedah frekuensi dan peratus digunakan untuk menganalisis profil responden. Kaedah purata skor digunakan menganalisis data bagi persepsi guru terhadap tahap kepentingan penyeliaan pengajaran dan tahap kesediaan guru semasa penyeliaan pengajaran. Kaedah korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan di antara persepsi guru terhadap tahap kepentingan penyeliaan pengajaran dengan tahap profesionalisme guru. Dapatan kajian mendapati guru sedar akan kepentingan penyeliaan pengajaran dengan purata keseluruhan skor min 3.15 dan sisihan piawai adalah 0.593. Tahap kesediaan mengajar guru adalah tinggi iaitu purata keseluruhan skor min 3.39 dan sisihan piawai adalah 0.396. Keputusan yang diperolehi daripada analisis korelasi Pearson merupakan hubungan yang positif dengan pekali korelasi yang sederhana iaitu r = 0.502. Guru-guru perlu didedahkan kepada konsep dan matlamat penyeliaan pengajaran, justeru itu dapat memperkembangkan potensi guru secara berterusan dan meningkatkan profesionalisme guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Nur Nadia Md. Jurimi
Date Deposited: 31 Oct 2021 06:11
Last Modified: 31 Oct 2021 06:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2311

Actions (login required)

View Item View Item