Penghasilan garis panduan pembinaan item ujian buatan guru

Abdul Hamid, Muhamad Fairuzzairi (2002) Penghasilan garis panduan pembinaan item ujian buatan guru. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
MUHAMAD FAIRUZZAIRI B. ABDUL HAMID - 24p.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MUHAMAD FAIRUZZAIRI B. ABDUL HAMID - declaration.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (717kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MUHAMAD FAIRUZZAIRI B. ABDUL HAMID - fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

Ujian adalah merupakan suatu alat yang bersistem yang bertujuan untuk melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar serta tahap keefektifan pengajaran guru. Maka, ianya harus dibina mengikut peraturan-peraturan tertentu, manakala prosedur di dalam mentadbirkannya harus ditentukan. Dari pengalaman dan pemerhatian pengkaji, didapati bahawa pembinaan item-item ujian yang bertujuan untuk menilai tahap pencapaian pelajar hanyalah berdasarkan kreativiti pensyarah matapelajaran itu sendiri. Mengikut penyelidikan dan pengamatan pengkaji, belum terdapat satu prosedur atau peraturan yang boleh dijadikan sebagai panduan agar item ujian yang dibina tidak menyimpang jauh dari objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Sejajar dengan peri pentingnya ujian sebagai instrumen dalam menilai tahap pencapaian pelajar, sebuah manual (buku panduan) yang bertajuk Garis Panduan Pembinaan Item Ujian Buatan Guru telah dihasilkan. Kandungan manual ini meliputi prosedur serta penerangan terhadap langkah-langkah yang perlu diambil perhatian dalam penyediaan item ujian objektif dan ujian esei. Tinjauan terhadap bakal pengguna telah menunjukkan penerimaan yang positif, dimana secara keseluruhannya mereka berpendapat bahawa prosedur yang di pertunjukkan oleh manual ini amat baik dan dicadangkan agar ianya menjadi satu peraturan yang khusus dalam pembinaan ujian. Ini menunjukkan bahawa produk yang dibangunkan adalah bersesuaian untuk digunakan sebagai panduan para pendidik atau pembina ujian (test constructor). Dengan penghasilan panduan dalam merekabentuk struktur ujian atau penilaian ini, adalah dijangkakan ianya akan dapat membantu para pendidik di dalam menyediakan instrumen ujian dengan masa yang lebih singkat serta mempunyai tahap kualiti yang baik serta ujian yang dilakukan mencapai matlamat atau objektif seperti yang telah ditetapkan dan dimasa yang sama mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline > LB3050-3060.87 Educational tests, measurements, evaluations and examinations
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Technology Studies
Depositing User: Miss Nur Rasyidah Rosli
Date Deposited: 01 Nov 2021 00:51
Last Modified: 01 Nov 2021 00:51
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2415

Actions (login required)

View Item View Item