Kebisingan dan pembelajaran dalam bengkel Sekolah Menengah Vokasional Kluang: satu tinjauan

Ishak, Norafida and Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam Kebisingan dan pembelajaran dalam bengkel Sekolah Menengah Vokasional Kluang: satu tinjauan. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
441Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kebisingan dan pembelajaran dalam bengkel Sekolah Menengah Vokasional Kluang. Kajian ini merupakan satu kajian kes kuantitatif. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach ialah 0.90. Kemudian, kajian sebenar dijalankan dan maklumat diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan empat sesi 2011 di Sekolah Menengah Vokasional Kluang. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for the Social Science (SPSS)” Versi 18. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa faktor kebisingan boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel di sekolah ini . Kajian ini penting kerana langkah-langkah serta pendekatan yang sesuai dapat dikenalpasti untuk meningkatkan kesempurnaan bengkel bagi mewujudkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sekolah terbabit. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai satu garis panduan untuk kajian yang seterusnya dimasa akan datang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kebisingan; bengkel sekolah vokasional; pengajaran dan pembelajaran
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD891-894 Noise and its control
ID Code:2562
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Nov 2012 15:06
Last Modified:06 Nov 2012 15:06

Repository Staff Only: item control page