Kesediaan keterampilan sosial dalam kalangan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan budaya kerja sekolah

Jemali, Mohd Ali and Esa, Ahmad and Hassan, Razali (2011) Kesediaan keterampilan sosial dalam kalangan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan budaya kerja sekolah. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November 2011, Pulau Pinang.

[img]
Preview
PDF
318Kb

Abstract

Keterampilan sosial mengikut Goleman mempunyai dua elemen iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Guru dengan keterampilan sosial berkemahiran dan berkebolehan dalam menguruskan perasaan terhadap diri dan masyarakat. Kesediaan keterampilan sosial yang tinggi membentuk individu yang berjaya dan cemerlang dalam hubungan intrapersonal. Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat kefahaman guru pelatih terhadap intrapersonal keterampilan sosial iaitu kemahiran sosial dan kesedaran sosial. Kajian ini juga adalah untuk melihat kefahaman pensyarah mengenai penerapan kemahiran sosial dan kesedaran sosial kepada guru pelatih dan kekangannya. Selain itu kajian ini juga adalah untuk melihat kemahiran sosial dan kesedaran sosial yang diperlukan oleh guru besar daripada guru permulaan keluaran IPG. Sampel kajian akan diambil daripada 260 orang guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru yang sedang mengikuti opsyen Reka Bentuk dan Teknologi. Penyelidik akan menggunakan Teori Kecerdasan Emosi yang terdiri dari dua aspek iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Instrumen kajian yang akan digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu: a) maklumat peribadi dan; b) aspek kecerdasan emosi. Data dikumpulkan melalui soal selidik skala 5 Likert. Data mentah yang diperolehi akan dianalisis dengan perisisan SPSS untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, ujian t dan ANOVA.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1705 Education and training of teachers and administrators
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2563
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Nov 2012 15:09
Last Modified:04 Mar 2013 16:11

Repository Staff Only: item control page