Elemen kesihatan mental wanita bekerja di sektor perusahaan kecil dan sederhana

Ibrahim, M. N. and Zaidi, N.F. and Lee, M.F. (2020) Elemen kesihatan mental wanita bekerja di sektor perusahaan kecil dan sederhana. In: Latihan dan pembangunan kerjaya. Penerbit UTHM, pp. 60-76. ISBN 978-967-2916-01-7 (Unpublished)

[img] Text
Elemen kesihatan mental wanita bekerja.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kesihatan mental golongan wanita bekerja di sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu diberi perhatian kerana mereka memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada ekonomi negara serta sebagai isteri dan ibu dalam keluarga. Jika perkara ini tidak diatasi dengan efektif, negara akan menghadapi masalah kesihatan mental yang sangat kronik dalam kalangan wanita yang bekerja di sektor PKS. Impak masalah kesihatan mental bukan sahaja kepada individu tersebut tetapi juga memberi kesan kepada orang sekeliling mereka. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti elemen masalah kesihatan mental, faktor-faktor yang menyumbang masalah kesihatan mental dan kaedah mengatasi masalah kesihatan mental yang berkesan kepada wanita bekerja di sektor PKS. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan melalui, kaedah Fuzzy Delphi. 12 orang panel pakar dalam pelbagai bidang yang berkait rapat dengan kesihatan mental wanita bekerja di PKS iaitu pakar psikologi, kauselor, psikiatrik dan pengurus PKS dipilih secara bertujuan sebagai sampel kajian ini. Soal selidik dengan 22 item yang menggunakan 5 skala likert dibina sebagai instrumen kajian ini. Soal selidik tersebut telah diberikan kepada pakar untuk mendapatkan aras persetujuan dari mereka. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan penomboran segitiga fuzzy (triangular fuzzy) dan kedudukan skor (ranking) setiap item yang ditentukan oleh hasil nilai penyahkaburan (defuzzification). Dapatan kajian mendapati bahawa, konsensus pakar dalam elemen masalah kesihatan mental wanita bekerja di sektor PKS adalah kepada tekanan, kemurungan, kebimbangan dan takut. Kumpulan pakar juga bersetuju dengan kesemua item yang disenaraikan dalam faktor-faktor menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan kaedah mengatasi masalah kesihatan mental yang berkesan kepada wanita bekerja di sektor PKS. Konstruk elemen kesihatan mental wanita bekerja di sektor PKS telah dibentuk hasil daripada konsensus kumpulan pakar. Diharap kajian bukan sahaja memberi manfaat kepada wanita bekerja di sektor PKS, tetapi memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat serta kepada pihak yang terlibat supaya mengambil serius berkenaan kesihatan mental wanita bekerja di sektor PKS ini.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Occupational training; Career development; Government publications--Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001-6182 Business > HF5381-5386 Vocational guidance. Career development
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 23 Nov 2021 07:14
Last Modified: 23 Nov 2021 07:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2625

Actions (login required)

View Item View Item