Kepimpinan dalam menghadapi isu-isu semasa pendidikan

Singh, Sarvinder and Esa, Ahmad (2008) Kepimpinan dalam menghadapi isu-isu semasa pendidikan. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan (PKPGB2008), 16 Oktober 2008, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]PDF
34Kb

Abstract

Secara amnya, kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan supaya bersetuju untuk melaksanakan program-program dan melakukan perubahan-perubahan ke arah pencapaian matlamat organisasi. Pemimpin sesuatu organisasi pendidikan selalu dikatakan sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku serta kepimpinannya akan menetapkan hala tuju organisasi dan kepentingan pendidikan pada pelajar. Walau bagaimanapun, seseorang pemimpin tidak dapat mengelakkan diri daripada isu-isu yang wujud dalam kepimpinan kerana kita sedar bahawa di dunia ini ‘tiada seorang insan yang sempurna’. Metode kajian yang digunakan dalam penulisan ini ialah analisis literature. Dalam penulisan ini, kita akan membincangkan pendekatan-pendekatan yang sesuai digunakan oleh pemimpin untuk menghadapi isu-isu kepimpinan serta kaedah untuk memimpin organisasi yang terdiri daripada pelbagai insan yang berbeza pendapat.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:2712
Deposited By:Nurul Elmy Mohd. Yusof
Deposited On:31 Jul 2012 13:06
Last Modified:31 Jul 2012 13:06

Repository Staff Only: item control page