Mahamud, Nurbaity Aqmar (2011) Pengukuran prestasi pemaju perumahan berdasarkan sistem star rating. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.
|
Text
24p NURBAITY AQMAR MAHAMUD.pdf Download (5MB) | Preview |
|
Text (Copyright Declaration)
NURBAITY AQMAR MAHAMUD COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (209kB) | Request a copy |
||
Text (Full Text)
NURBAITY AQMAR MAHAMUD WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (37MB) | Request a copy |
Abstract
Pengukuran prestasi pemaju perumahan adalah sangat penting baik kepada pemaju perumahan mahupun kepada pembeli rumah. Selain daripada dapat menjana keuntungan kepada pemaju perumahan, maklumat pengukuran prestasi pemaju perumahan juga boleh dijadikan sebagai asas untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pembeli rumah. Di Malaysia, terdapat banyak aduan yang diterima daripada pembeli rumah berhubung kualiti produk perumahan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh pemaju perumahan. Walau bagaimanapun, penyelidikan mengenai pengukuran prestasi pemaju perumahan dalam konteks kepuasan pembeli rumah belum pernah dilaksanakan. Oleh itu, penyelidikan untuk membangunkan Model Pengukuran Prestasi Pemaju Perumahan berdasarkan kepuasan pembeli rumah adalah amat penting untuk dilaksanakan. Dalam penyelidikan ini, Sistem Star Rating telah digunakan untuk membangunkan Model Pengukuran Prestasi Pemaju Perumahan berdasarkan kepuasan pembeli rumah daripada aspek rekabentuk rumah, pelengkapan rumah dan perkhidmatan. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 400 pembeli rumah di Johor Bahru bagi tujuan mengenal pasti tahap kepuasan mereka terhadap pemaju perumahan. Kajian ini mendedahkan bahawa tahap kepuasan pembeli rumah terhadap pemaju perumahan di Johor Bahru adalah pada tahap sederhana. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa pemaju perumahan dapat menggunakan model ini sebagai panduan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan mereka. Sebagai kesimpulan, Model Pengukuran Prestasi Pemaju Perumahan berdasarkan Sistem Star Rating adalah amat signifikan kerana ia berupaya memberi panduan kepada pihak-pihak yang tertentu. Pertama, pembeli rumah dapat menggunakannya untuk memilih pemaju yang tepat. Kedua, pemaju perumahan dapat menggunakannya sebagai panduan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan. Manakala, yang terakhir, pemegang kepentingan seperti institusi kewangan dapat menggunakannya sebagai panduan dalam membuat keputusan penyediaan dana bagi menyokong projek perumahan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | T Technology > TH Building construction T Technology > TH Building construction > TH4021-4977 Buildings: Construction with reference to use. Including public buildings, dwellings |
Divisions: | Faculty of Technology Management and Business > Department of Real Estate Management |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 01 Nov 2021 07:10 |
Last Modified: | 01 Nov 2021 07:10 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2775 |
Actions (login required)
View Item |