Pembangunan model caj ruang bagi pengurusan ruang akademik yang optimum di Institusi Pengajian Tinggi, Malaysia

Ibrahim , Ihfasuziella (2012) Pembangunan model caj ruang bagi pengurusan ruang akademik yang optimum di Institusi Pengajian Tinggi, Malaysia. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
586Kb

Abstract

Kos pengurusan sumber fizikal seperti ruang merupakan komponen kedua tertinggi selepas kos pembayaran gaji kakitangan di sesebuah universiti awam. Pengurusan ruang fizikal di universiti juga bukanlah satu perkara yang mudah ditangani kerana ia dianggap dinamik dan sering berubah sejajar berkembangnya pertambahan bilangan pelajar dan staf. Dengan demikian pengurusan ruang yang efektif menjadi agenda penting selari dengan arahan kerajaan ke arah perbelanjaan berhemat. Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap penggunaan ruang pengajaran dan pembelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta mengenal pasti dan membangunkan sebuah model pengurusan ruang yang dikenali sebagai Model Caj Ruang. Rekabentuk kajian adalah berbentuk pendekatan kuantitatif dan dimantapkan dengan pendekatan kualitatif. Metodologi kajian dijalankan melalui pelaksanaan audit ke atas penggunaan ruang pengajaran dan pembelajaran yang diselaraskan oleh Pusat Pengajian Akademik, dibandingkan dengan penggunaan sebenar ruang pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sebanyak enam formula digunakan dalam pengauditan ini iaitu, kekerapan tempahan, kekerapan penggunaan, kepenghunian, pengoptimaan, guna tanpa tempahan dan tempah tapi tidak digunakan bagi melihat trend penggunaan sebenar ruang pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai objektif kedua pula iaitu pembangunan Model Caj Ruang, elemen kos semeter persegi bagi setiap ruang telah dianalisis. Kos-kos yang terlibat termasuklah kos pengurusan dan operasi, kos utiliti dan penyenggaraan, pembersihan ruang, pencucian bangunan dan pengurusan landskap. Analisis kos semeter persegi ini dijadikan asas dalam membangunkan Model Caj Ruang. Analisis audit yang dijalankan menunjukkan sebahagian ruang kuliah di Kompleks Bangunan G3 berada pada tahap tidak optimum. Hasil temubual pula menunjukkan penggunaan ruang adalah optimum dan isu ketidakcukupan ruang menjadi isu utama. Model Caj Ruang adalah satu model yang dianggap terlalu ideal untuk dilaksanakan di universiti awam kerana ia menyarankan penalti dikenakan ke atas Pusat Tanggungjawab yang tidak menguruskan ruang secara optimum. Model Caj Ruang dilihat bermanfaat dalam mendidik pengguna bahawa pemilikan ruang bukan perkara percuma dan ia mendorong pengguna untuk mengoptimum penggunaan samada secara perkongsian atau disewakan kepada pihak yang memerlukan di mana ia boleh menjana pendapatan kepada universiti.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TH Building construction
ID Code:2863
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:06 Dec 2012 14:56
Last Modified:06 Dec 2012 14:56

Repository Staff Only: item control page