Mengkaji keberkesanan Program Budaya Ilmu “Effective Presentation & Engineering Report Writing” ke atas pelajar

Jumaat, Siti Amely and Mohd. Mujib, Siti Zarina and Ahmad, Ida Laila and Tukiran, Zarina and Jamaluddin, Jailani and Isa, Khalid and Fuad, Norfaiza and Mohamed, Masnani and Mohamad, Shamsul (2008) Mengkaji keberkesanan Program Budaya Ilmu “Effective Presentation & Engineering Report Writing” ke atas pelajar. In: Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, 22-23 Oktober 2008, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
41Kb

Abstract

Kerja kursus merupakan komponen penting dalam penilaian sesuatu matapelajaran kepada para pelajar di institut pengajian tinggi. Penilaian ini akan memberi kesan kepada gred atau keputusan pelajar di akhir setiap semester sepanjang pengajian mereka. Kebiasaannya ia dapat dibahagikan kepada pembentangan tugasan dan penulisan laporan tugasan. Tetapi, kebanyakan pelajar lemah dalam penyediaan bahan-bahan untuk pembentangan serta penulisan laporan kerana mereka kurang diberi pendedahan secara formal oleh pensyarah-pensyarah mereka. Tiada keselarasan antara satu matapelajaran dengan matapelajaran yang lain juga menyumbang kepada permasalahan ini. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini satu program telah dijalankan oleh Program Pembangunan Pelajar, (PROPEMP) Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bagi melihat kesan positif ke atas diri pelajar selepas program diadakan. Kandungan program seperti Effective Presentation Using Microsoft Power Point serta penyediaan laporan tugasan menggunakan Microsoft Word, Microsoft Equation Editor dan Microsoft Visio. Daripada soal selidik sebelum dan selepas program, didapati pelajar menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menggunakan perisian-perisian yang berkaitan. Ini menunjukkan bahawa kemahiran pelajar boleh ditingkatkan dengan bantuan kursus sebegini. Secara tidak langsung, mereka akan lebih menyedari kepentingan setiap perisian dalam membantu penyediaan pembentangan dan penulisan laporan sekali gus memberi kesan kepada jumlah markah akhir mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:budaya ilmu, kerja kursus, pembentangan, penulisan, laporan
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Faculty of Electrical and Electronic Engineering > Department of Electrical Power Engineerings
ID Code:302
Deposited By:Khairunnisa Ahmad
Deposited On:05 May 2010 14:49
Last Modified:21 Jan 2015 16:12

Repository Staff Only: item control page