Pengurusan dan pentadbiran wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Abdul Khalim, Mustapahayuddin and Omar, Ismail and Zainol, Nur Zainatul Nadra (2020) Pengurusan dan pentadbiran wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor. In: Penyelidikan Islam : integrasi ilmu Naqli & Aqli. Penerbit UTHM, pp. 1-12. ISBN 978-967-2916-18-5

[img] Text
Bab01.pdf
Restricted to Registered users only

Download (835kB) | Request a copy

Abstract

Wakaf merupakan salah satu cadang dalam fiqh muamalat sedang giat dipraktikkan di Malaysia yang melibatkan harta-harta termasuk tanah. Pengurusan tanah wakaf adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tanah wakaf tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya. Namun, wujud permasalahan berkenaan pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf yang tidak cekap dan telus sehingga berlakunya pencerobohan di tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Antara faktor wujud masalah berkenaan adalah pemegang amanah berhadapan dengan kekurangan dana dan kedudukan tanah wakaf yang tidak strategik. Hal ini menyebabkan tanah tersebut tidak dapat diuruskan sebaiknya untuk manfaat umat Islam. Kertas ini bertujuan untuk menganalisis aspek cabaran yang dihadapi oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang amanah dalam pengurusan tanah wakaf. Untuk mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa struktur kepada informan yang terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor. Manakala kaedah analisis data menggunakan kaedah diskrptif. Hasil kajian mendapati wujud keseragaman data dan tahap keupayaan mentadbir yang baik bagi memajukan tanah wakaf di negeri Johor oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor selaku pemegang amanah bagi tanah wakaf.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Islam--Research; Islamic education--Research; Muslims--Conduct of life; Government publications--Malaysia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 03 Jan 2022 02:56
Last Modified: 03 Jan 2022 02:56
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3029

Actions (login required)

View Item View Item