Hubungan di antara persekitaran kerja dan produktiviti tenaga kerja dalam sektor pembuatan

Ismail, Siti Hanisah and Ahmad, Nurazwa (2020) Hubungan di antara persekitaran kerja dan produktiviti tenaga kerja dalam sektor pembuatan. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 11-24. ISBN 978-967-2916-62-8

[img] Text
Bab02.pdf
Restricted to Registered users only

Download (336kB) | Request a copy

Abstract

Pertumbuhan sektor pembuatan yang pesat dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara memandangkan sektor ini penting sebagai penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), peluang pekerjaan dan tukaran asing (Shalemy & Ahmad, 2011). Sehubungan itu, membangun dan memastikan pertumbuhan berterusan dalam sektor pembuatan merupakan antara agenda utama kepada Malaysia. Selain itu, kepentingan untuk memastikan persekitaran kerja yang baik amatlah perlu agar produtiviti tenaga kerja akan menjadi lebih baik dan produktif. Ini kerana peningkatan produktiviti pekerja membolehkan lebih banyak output dapat dihasilkan dengan menggunakan jumlah input buruh yang sama. Sahar (2002) menjelaskan bahawa produktiviti buruh yang tinggi dalam sektor pembuatan dapat membantu pertumbuhan dan pembangunan berterusan ekonomi sesebuah negara. Syarikat pembuatan telah mengalami banyak perubahan seperti kegagalan dan gangguan yang telah memberi kesan negatif kepada kehidupan pekerja dan pelanggan (Ali, Abdi, & Adan, 2013). Masalah yang telah dikenal pasti adalah banyak penubuhan syarikat pembuatan makanan di Johor menyebabkan pekerja di syarikat pembuatan tersebut telah terdedah kepada perubahan besar seperti perolehan pekerja yang tinggi, kekurangan pekerja dan peningkatan beban kerja didalam persekitaran kerja. Hal ini jelas menunjukkan bahawa banyak faktor wujud dalam persekitaran kerja di beberapa syarikat pembuatan makanan di Johor yang memberikan impak kepada produktiviti tenaga kerja.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Organizational behavior--Research; Human capital--Research; Organizational effectiveness--Research; Government publications--Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 03:03
Last Modified: 04 Jan 2022 03:03
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3172

Actions (login required)

View Item View Item