Hubungan antara amalan pengurusan rantaian bekalan hijau (GSCM) dan prestasi rantaian bekalan di sektor pembuatan, Batu Pahat, Johor

Ow, Su Yee and Kamaruddin, Nor Kamariah and Ahmad, Nurazwa (2020) Hubungan antara amalan pengurusan rantaian bekalan hijau (GSCM) dan prestasi rantaian bekalan di sektor pembuatan, Batu Pahat, Johor. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 25-34. ISBN 978-967-2916-62-8

[img] Text
Bab03.pdf
Restricted to Registered users only

Download (293kB) | Request a copy

Abstract

Pola pertumbuhan ekonomi telah meningkatkan tahap penggunaan tenaga dan bahan-bahan dan memberi kesan kepada kemampanan alam sekitar. Kemakmuran ekonomi bagi penduduk bandar yang lebih besar, lebih banyak membawa kepada pembaziran pengeluaran. Hal ini berlaku kerana penghasilan sisa dipengaruhi oleh proses perindustrian. Sisa dari sektor pembuatan boleh mendatangkan ancaman terhadap bekalan air, kesihatan awam dan alam sekitar melalui penyebaran bakteria lalu mengakibatkan pencemaran sumber air. Air yang tercemar mungkin mengandungi kepekatan bahan-bahan pencemaran yang tinggi yang dihasilkan oleh kilang-kilang dan akan datang kembali kepada pengguna melalui kitaran air sebagai sumber utama untuk kegunaan harian. Oleh itu, pengguna terdedah kepada pelbagai penyakit dan sekali gus boleh menjejaskan tahap kesihatan mereka (Khairul, Rahman & Ho, 2011). Isu alam persekitaran merupakan isu yang kian mencabar kepada organisasi perniagaan pada masa kini. Pemanasan global, pengurangan kualiti udara dan pencemaran air merupakan beberapa contoh kesan alam sekitar yang boleh dikaitkan dengan aktiviti yang selaras dengan rantaian bekalan organisasi. Pada 9 April 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menggantikan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Organizational behavior--Research; Human capital--Research; Organizational effectiveness--Research; Government publications--Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 03:04
Last Modified: 04 Jan 2022 03:04
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3175

Actions (login required)

View Item View Item