Pembelajaran teradun dalam kalangan pelajar UTHM

Jomari, Nurul Asyikin and Wahab, Eta and Ali, Zaurin (2020) Pembelajaran teradun dalam kalangan pelajar UTHM. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 53-62. ISBN 978-967-2916-62-8

[img] Text
Bab06.pdf
Restricted to Registered users only

Download (287kB) | Request a copy

Abstract

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) atau PPPM (PT) merupakan dokumen strategik yang sedang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, yang menggariskan hala tuju pendidikan tinggi negara untuk tempoh bermula dari 2013 sehingga 2025. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menetapkan e-pembelajaran sebagai salah satu agenda utama dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Penggunaan serta penglibatan staf akademik dan pelajar dalam e-pembelajaran adalah amat ditekankan dan ia menjadi sebahagian daripada Indeks Utama Pencapaian (KPI) dalam PSPTN. Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) adalah kesinambungan daripada kajian semula PSPTN pada tahun 2007-2020 serta penyelarasan PPPM (Prasekolah hingga Pendidikan Lepas Menengah) pada tahun 2013-2025, yang bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem pendidikan tinggi negara. Pelan ini mengandungi 10 lonjakan iaitu graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang, kecemerlangan bakat, menghayati pembelajaran sepanjang hayat, graduan TVET berkualiti, kemampanan kewangan, pemantapan tadbir urus, ekosistem inovasi, keunggulan global, pembelajaran dalam talian tahap global dan transformasi penyampaian pendidikan tinggi. Lonjakan ini akan menyokong lima aspirasi sistem pendidikan yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan bagi memangkin transformasi dan ia boleh menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk negara Malaysia (Kementerian pengajian Tinggi Malaysia, 2011).

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Organizational behavior--Research; Human capital--Research; Organizational effectiveness--Research; Government publications--Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 03:10
Last Modified: 04 Jan 2022 03:10
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3181

Actions (login required)

View Item View Item