Faktor pendorong pelajar UTHM dalam bidang keusahawanan

Fakhrul Anwar, Muhammad Izzat Akmal and Ahmad, Nurazwa and Kamaruddin, Nor Kamariah (2020) Faktor pendorong pelajar UTHM dalam bidang keusahawanan. In: Kajian Kes di Malaysia. Penerbit UTHM, pp. 63-72. ISBN 978-967-2916-62-8

[img] Text
Bab07.pdf
Restricted to Registered users only

Download (291kB) | Request a copy

Abstract

Perniagaan merupakan satu bidang kerjaya yang sangat penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara. Kebanyakkan peluang pekerjaan adalah berasaskan perniagaan sama ada berniaga sendiri atau membantu perniagaan individu lain. Kerajaan amat menitik berat usahawan-usahawan di Malaysia bagi membantu untuk memajukan lagi negara ini sejurus memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Menurut Yusof (2010), golongan usahawan merupakan golongan penting yang diterima masyarakat kepada pembangunan negara dan merupakan perubahan kepada ekonomi negara. Selaras dengan wawasan Malaysia 2020, kerajaan berhasrat untuk menjadikan negara ini penuh dengan masyarakat berciri keusahawanan yang mempunyai daya kreatif dan inovatif (Zulfakar et al., 2010). Malaysia bersungguh-sungguh mengubah keadaan masyarakatnya untuk tidak terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata kepada bekerja sendiri. Kerajaan menyarankan agar masyarakat menjadi usahawan terutamanya pelajar lepasan universiti. Hal ini disebabkan oleh mereka masih muda dan kuat daripada segi fizikal untuk melaksanakan kerja-kerja usahawan. Alumni daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sangat sesuai dalam menceburi bidang keusahawanan. Hal ini disebabkan oleh, pelajar yang dihasilkan oleh UTHM adalah kebanyakannya daripada bidang kejuruteraan dan perniagaan.

Item Type: Book Section
Uncontrolled Keywords: Organizational behavior--Research; Human capital--Research; Organizational effectiveness--Research; Government publications--Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: Faculty of Technology Management and Business > Department of Technology Management
Depositing User: Mrs. Siti Noraida Miskan
Date Deposited: 04 Jan 2022 03:11
Last Modified: 04 Jan 2022 03:11
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3183

Actions (login required)

View Item View Item