Penjanaan idea projek konkrit bagi subjek pendidikan kejuruteraan berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi

Md Yunos, Jailani and Yee , Mei Heong and Othman, Widad and Hassan, Razali (2010) Penjanaan idea projek konkrit bagi subjek pendidikan kejuruteraan berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi. In: Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan 2010, 25-26 September 2010, Kota Bahru, Kelantan.

Full text not available from this repository.

Abstract

Idea merupakan buah fikiran yang sangat penting kepada manusia kerana ia dapat membantu kita membuat keputusan, menyelesaikan sesuatu masalah atau menjana idea produk konkrit dan abstrak. Idea atau dengan erti kata lain, iaitu gambaran mental atau pendapat yang bersifat personal dan eksklusif boleh diperolehi menerusi maklumat dan ransangan yang diperolehi dari persekitaran, pengalaman, pemerhatian, pembelajaran secara formal dan perbincangan dengan orang lain. Namun begitu, idea dihasilkan menerusi proses berfikir. Penghasilan sesuatu idea memerlukan pemikiran yang kompleks, iaitu kemahiran-kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) seperti kemahiran menyelesaikan masalah, mereka, menganalisis, menilai dan sebagainya untuk memproses maklumat yang diperolehi. Hasilnya, satu idea baru yang kreatif dan berkualiti dapat dijanakan. Tambahan pula, penjanaan idea-idea baru sering ditekankan pada peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kerana tugasan kerja kursus di IPT adalah berbentuk lebih kompleks dan mencabar. Pelajar diberi pelbagai jenis projek akademik dan bukan akademik yang memerlukan mereka menyelesaikan masalah secara kreatif. Sehubungan dengan ini, pelajar khususnya dalam bidang pendidikan kejuruteraan harus mempelajari dan menggunakan KBAT dalam penjanaan idea produk konkrit supaya tugasan kerja kursus dapat diselesaikan dengan lebih berkesan. Kertas kerja ini membincangkan definisi idea, jenis dan ciri-ciri idea. Di samping itu, fungsi dan kebaikan idea juga diterangkan. Akhir sekali, justifikasi menggunakan KBAT dalam penjanaan idea produk konkrit juga dimuatkan dalam kertas kerja ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:penjanaan idea; kemahiran berfikir aras tinggi pendidikan; kejuruteraan; institusi pengajian tinggi
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher education
Divisions:Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Professional Education
ID Code:3183
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:25 Feb 2013 15:40
Last Modified:21 Jan 2015 15:47

Repository Staff Only: item control page