Khalid, Kamarudin (1996) Sistem penilaian kemahiran kejuruteraan awam anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
|
Text
KAMARUDIN KHALID - 24p.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui punca-punca kegagalan pelatih-pelatih dalam menghadapi Peperiksaan Kemahiran Malaysia bagi kursus Kejuruteraan A warn yang dikendalikan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Pelatih-pelatih ini telah mengikuti latihan kemahiran selama lebih kurang dua tahun di mana sebahagian daripada mereka adalah terdiri daripada guru-guru iepasan Maktab Perguruan Teknik yang telah mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran tetapi turut gagal apabila menduduki peperiksaan kemahiran tersebut khasnya pada Tahap Pertengahan dan Tinggi. Kajian ini dilakukan melalui kaedah soal selidek dan temubual terhadap responden yang terdiri daripada pengajarpengajar di mstitusi-institusi kemahiran. Hasil daripada kajian ini akan dapat memberitahu pihak-pihak yang berkenaan mengenai punca-punca sebenar mengapa terjadinya kegagalan pelatih dalam sistem penilaian secara peperiksaan. Seterusnya, seteiah mengenalpasti segala kelebihan dan kelemahan di antara kaedah penilaian secara peperiksaan dan pentauliahan adalah diharapkan kajian ini akan menjadi garis panduan kepada institusi-institusi kemahiran untuk memilih sama ada untuk menggunakan sistem penilaian secara peperiksaan ataupun pentauliahan yang mana sistem pentauliahan ini telah diperkenalkan pada tahun 1993. Dengan ini adalah diharapkan peratus kelulusan bagi kursus-kusus kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Awam dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang tanpa menjejaskan kualiti latihan kemahiran yang sedia ada.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Miss Nur Rasyidah Rosli |
Date Deposited: | 03 Feb 2022 01:52 |
Last Modified: | 03 Feb 2022 01:52 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3234 |
Actions (login required)
View Item |