Keberkesanan penggunaan edubase dalam kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya kognitif, afektif dan psikomotor di Politeknik Malaysia

Mansor, Marlini (2017) Keberkesanan penggunaan edubase dalam kalangan pelajar teknikal yang berbeza gaya kognitif, afektif dan psikomotor di Politeknik Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p MARLINI MANSOR.pdf

Download (2MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
MARLINI MANSOR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MARLINI MANSOR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Bahan bantu pengajaran yang digunakan secara bersesuaian dengan pelajar menyumbang kepada perkembangan pembelajaran mereka. Dalam dunia pendidikan teknikal, aspek kognitif dan psikomotor turut memberi kesan kepada kualiti pembelajaran pelajar. Kajian ini membincangkan tentang kesan penggunaan EDUBASE terhadap pencapaian dan minat pelajar yang mempunyai gaya kognitif, afektif dan psikomotor yang berbeza dalam topik Electromagnetism. Seramai 70 orang pelajar politeknik yang terdiri daripada 33 pelajar kumpulan rawatan dan 37 pelajar kumpulan kawalan telah terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuasi-ekperimen ini. Ujian kognitif, psikomotor, ujian pra-pasca dan kaji selidik telah diagihkan untuk memantau kesan penggunaan EDUBASE terhadap pelajar. Dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik MANCOVA, korelasi Pearson dan skor min. Hasil dapatan dalam kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang tidak signifikan secara statistik bagi skor pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Namun, skor min menunjukkan kumpulan rawatan memberikan skor yang lebih cemerlang dan minat mereka juga turut meningkat dalam topik pembelajaran tersebut berbanding pelajar yang mengaplikasikan pembelajaran secara konvensional. Selain itu, hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap minat dan pencapaian. Di samping itu, EDUBASE yang diaplikasikan telah memenuhi keperluan dan minat pelajar. Secara ringkasnya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan EDUBASE sebagai alat bahan bantu mengajar dilihat berkesan dalam memberikan kecemerlangan pencapaian dan meningkatkan minat pelajar politeknik terhadap topik Electromagnetism.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 22 Jul 2021 07:20
Last Modified: 22 Jul 2021 07:20
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/339

Actions (login required)

View Item View Item