Hamzah, Norhasyimah and Omar, Roziyati and Ariffin, Arihasnida and Rubani/, Siti Nur Kamariah and Subramaniam, Tamil Selvan (2018) Penggunaan kaedah nyanyian dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi. Online Journal for TVET Practitioners (OJ-TP), 9 (1). ISSN 2289-7410
Text
AJ 2018 (19).pdf Restricted to Registered users only Download (41kB) | Request a copy |
Abstract
Pembelajaran dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah semakin mencabar dalam persaingan dan merapatkan jurang dalam penggunaan teknologi pendidikan yang semakin moden. Kajian ini bertujuan untuk menunjukkan penggunaan kaedah nyanyian yang digunakan dapat menarik minat dan dapat meningkatkan persepsi terhadap daya ingatan pelajar Tahun 4 dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Sampel kajian terdiri daripada 92 orang responden dari sekolah-sekolah berbeza di tiga buah sekolah yang berada di sekitar zon Bandar di daerah Mersing, Johor. Instumen kajian adalah menggunakan soal selidik yang mengandungi 26 item. Kajian rintis dijalankan di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing dengan jumlah responden seramai 30 orang pelajar. Nilai min daripada hasil kajian bagi minat ialah 4.93 dan bagi item daya ingatan nilai min ialah 4.66 menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (Version 22.0). Hasil Kajian mendapati penggunaan kaedah nyanyian berada pada tahap yang tinggi. Data analisis meliputi skor min, peratusan dan korelasi. Ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah nyanyian sesuai dipraktikkan dikalangan pelajar sekolah rendah kerana ianya bukan sahaja mampu menarik minat malahan dapat menambah daya ingatan pelajar menguasai sesuatu topik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | kaedah nyanyian; reka bentuk dan teknologi; daya ingatan |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology T Technology > T Technology (General) > T61-173 Technical education. Technical schools |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | UiTM Student Praktikal |
Date Deposited: | 17 Nov 2021 06:25 |
Last Modified: | 17 Nov 2021 06:25 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/3429 |
Actions (login required)
View Item |