Keupayaan visualisasi pelajar melalui perisian animasi grafik

Madar, Ahmad Rizal and Buntat, Yahya (2007) Keupayaan visualisasi pelajar melalui perisian animasi grafik. In: 1st International Malaysia Educational Technology Convention 2007, 2- 5 November 2007, Sofitel Palm Resort, Senai.

[img]
Preview
PDF
781Kb

Abstract

Gaya pembelajaran visual pelajar teknikal menerusi pembangunan koswer berorientasikan animasi grafik bertujuan membawa satu kelainan dalam pendekatan terhadap pembelajaran. Pendekatan pengajaran berasaskan animasi grafik mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan serta boleh menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah. Di mana perkara-perkara yang tidak nampak dengan mata kasar dapat diterangkan dengan mudah. Ini adalah penting untuk memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian dan tidak merasa jemu ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, penggunaan perisian pendidikan yang beranimasi grafik sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan agar ianya dapat membantu pengajar di dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran kejuruteraan khususnya dan dapat meningkatkan lagi kebolehan visualisasi spatial dalam diri pelajar terbabit. Keupayaan visualisasi adalah berkait-rapat dengan kebolehan minda seseorang individu melihat sesuatu objek dan berfikir dalam dua atau tiga dimensi serta membayangkan perubahan konfigurasi objek apabila ia dimanipulasikan atau digerakkan berdasarkan minda Kertas keija ini akan membincangkan berkaitan keupayaan visualisasi pelajar melalui koswer animasi grafik

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:keupayaan, visualisasi, perisian, animasi grafik
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Faculty of Technical Education > Department of Professional Education
ID Code:345
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:28 Oct 2010 08:53
Last Modified:29 Apr 2011 14:40

Repository Staff Only: item control page