Perlaksanaan MS 2593:2015 (kod amalan kemudahan kediaman sementara pekerja tapak bina) di kalangan kontraktor gred 6 dan gred 7

Khamis, Norasyikin (2018) Perlaksanaan MS 2593:2015 (kod amalan kemudahan kediaman sementara pekerja tapak bina) di kalangan kontraktor gred 6 dan gred 7. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p NORASYIKIN KHAMIS.pdf

Download (719kB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
NORASYIKIN KHAMIS COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (509kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORASYIKIN KHAMIS WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Keadaan kediaman sementara di tapak pembinaan bagi pekerja binaan yang teruk merupakan salah satu punca industri pembinaan mempunyai imej yang negatif dan sering dikaitkan dengan konotasi kotor, bahaya dan sukar (3D: dirty, dangerous and difficult). Oleh itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah mengetuai satu inisiatif untuk mengubah keadaan ini dengan membangunkan MS 2593:2015. Memandangkan perlaksanaan garis panduan ini di dalam industry pembinaan masih terlalu baru, kajian dari segi tahap komprehensif, kepentingan, dan jurang pematuhan terhadap kehendak-kehendak di dalam garis panduan ini adalah kritikal untuk dilakukan. Sehubungan dengan itu, empat (4) objektif telah dikenalpasti; (i) untuk menentukan perbezaan di antara MS 2593:2015 dengan garis panduan yang sama dari negara lain,(ii) menilai tahap kepentingan kehendak-kehendak MS 2593:2015 berdasarkan perspektif kontraktor,(iii) menganalisis jurang pematuhan terhadap kehendak MS 2593:2015 berbanding amalan biasa di tapak pembinaan, dan (iv) menganalisis hubungkait di antara tahap kepentingan MS 2593:2015. Kajian ini telah menggunakan kaedah campuran bagi mencapai objektif yang dinyatakan; (i) kualitatif dengan menggunakan Nvivo v.8, (ii) kuantitatif dengan menggunakan SPSS v.20, (iii) kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian di tapak pembinaan, dan (iv) kuantitatif dengan menggunakan hasil objektif (ii) dan (iii) melalui korelasi Spearman Rho’s. Objektif (i) merangkumi garis panduan-garis panduan yang sama dengan garis panduan dari negara lain, manakala objektif (ii) dan (iii) pula memilih kontraktor Gred 6 dan Gred 7 di seluruh negeri Johor. Hasil dapatan menunjukkan; (i) MS 2593:2015 sahaja yang menggariskan dengan terperinci aspek kemudahan riadah dan sosial, dan papan tanda, (ii) hanya lapan (8) dari 59 item dalam MS 2593:2015 dianggap penting untuk disediakan termasuklah bekalan elektrik, bekalan air, dan kemudahan pertolongan cemas, (iii) indeks purata pematuhan kontraktor terhadap kehendak MS 2593:2015 adalah 38.52%, dan (iv) analisis korelasi persepsi kontraktor mengenai kepentingan melaksanakan MS 2593:2015 dengan penyediaan rumah pekerja di tapak pembinaan sebenar adalah sederhana kuat. Kesimpulannya, MS 2593:2015 mempunyai beberapa kelebihan berbanding garis panduan yang lain. Malangnya, kontraktor Gred 6 dan Gred 7 tidak merasakan kepentingan kehendak MS 2593:2015 dengan pematuhannya yang sangat minimum. Ini dibuktikan dengan hasil dapatan sederhana kuat melalui ujian korelasi Spearman Rho’s. Kajian ini mencadangkan kajian semula secara berkala keatas MS 2593:2015 dengan penglibatan sepenuhnya pihak berkepentingan di dalam pembinaan terutama kontraktor perlu dilakukan kerana kekangan utama dalam melaksanakan garis panduan ini adalah kos. Selain itu, maklum balas yang komprehensif dari komuniti pembinaan di seluruh negara diperlukan bagi memastikan MS 2593: 2015 dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Faculty of Civil Engineering and Built Environment > Department of Civil Engineering : Building and Construction Engineering
Depositing User: Miss Afiqah Faiqah Mohd Hafiz
Date Deposited: 09 Aug 2022 03:14
Last Modified: 09 Aug 2022 03:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/354

Actions (login required)

View Item View Item