Mohd Yatim, Suhailah (2020) Model konsep elemen ke arah peningkatan kepimpinan berkecerdasan emosi guru besar. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Text (Copyright Declaration)
SUHAILAH MOHD YATIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (3MB) | Request a copy |
||
|
Text
24p SUHAILAH MOHD YATIM.pdf Download (3MB) | Preview |
|
Text (Full Text)
SUHAILAH MOHD YATIM WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu Model Konsep Elemen Ke Arah Peningkatan Kepimpinan Berkecerdasan Emosi (KBE) Guru Besar. Pembangunan model konsep ini melibatkan 2 fasa pembinaan yang mana fasa pertama berfokus kepada kajian keperluan. Ia bertujuan bagi mengenal pasti punca masalah, mengenal pasti elemen dan sub elemen untuk mengatasi permasalahan yang timbul melalui konsep serta kajian rintis. Fasa kedua pula merupakan fasa kajian sebenar pengkaji yang mana guru sekolah rendah di Malaysia merupakan sampel yang dipilih. Pada fasa pertama, pengkaji mengupas elemen kajian melalui kaedah temu bual pakar iaitu setelah mengenal pasti isu kajian. Setelah elemen dan sub eleman kajian dibentuk, pengkaji menganalisis dapatan bagi mendapatkan persetujuan pakar. Setelah elemen dan sub elemen dipersetujui, pengkaji melaksanakan analisis kualitatif menggunakan Fleiss Kappa yang bertujuan menentusahkan atribut bagi membangunkan instrumen kajian. Soal selidik dibangunkan setelah dapatan analisis Kappa diperoleh. Soal selidik berkenaan adalah berdasarkan nilai Kappa yang menunjukkan tahap persetujuan yang baik. Seterusnya, kajian rintis dilaksanakan. Pengkaji menggunakan pendekatan Model Pengukuran Rasch untuk menganalisis item kajian rintis. Bagi tujuan pemeriksaan kefungsian item, empat diagnosis dijalankan iaitu (i) kebolehpercayaan dan pengasingan item-individu; (ii) nilai Pt Measure Corr bagi mengesan polarity item yang mengukur elemen; (iii) kesesuaian (fit) item mengukur elemen; dan (iv) nilai korelasi residual terpiawai dalam menentukan item bersandar. Setelah selesai kajian rintis, pengkaji melaksanakan fasa kedua iaitu kajian sebenar yang mana menggunakan item yang benar-benar berkualiti. Pengkaji menggunakan skala Likert lima mata kerana dapatan semakan kategori skala pengukuran mendapati skala berkenaan adalah yang paling sesuai untuk kajian ini. Pengkaji mengaplikasi pendekatan Model Pengukuran Rasch iaitu Analisis Komponen Utama (Principal Component Analysis) bagi mengesahkan model konsep yang dibangunkan. Berdasarkan dapatan analisis, nilai raw variance explained by measure, nilai first contrast unexplained variance dan nilai first contrast eigenvalue menepati kriteria yang ditetapkan. Secara tuntas, dapatan kajian menunjukkan dengan jelas bahawa elemen yang dibina iaitu (i) kesedaran kendiri; (ii) pengurusan kendiri; (iii) motivasi kendiri; (iv) pengurusan perhubungan; dan (v) empati adalah bersifat unidimensi dan merupakan elemen atau tunjang utama kepada Model Konsep Elemen Ke Arah Peningkatan Kepimpinan Berkecerdasan Emosi (KBE) Guru Besar yang dibangunkan.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 22 Jun 2021 02:22 |
Last Modified: | 22 Jun 2021 02:22 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/36 |
Actions (login required)
View Item |