Kaedah meningkatkan minat pemelihara ikan akuarium dari sudut pengagihan makanan automatik

Ab Rahman, Rosdi and Kaamin, Masiri and Suwandi, Amir Khan and Mohd Zan, Norah (2013) Kaedah meningkatkan minat pemelihara ikan akuarium dari sudut pengagihan makanan automatik. In: Proceeding of the International Conference on Social Science Research 2013, 4-6 Jun 2013, Pulau Pinang, Malaysia.

[img]
Preview
PDF
644Kb

Abstract

Penghasilan satu kaedah atau mesin untuk memberi makanan ikan secara automatik terutamanya untuk ikan akuarium memainkan peranan penting dalam meningkatkan minat di kalangan penggemarnya. Rekabentuk sebuah mesin mengagih makanan ikan akuarium menggunakan konsep mekanikal sepenuhnya dijalankan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, UTHM. Penciptaan produk ini bertujuan mengatasi permasalahan pemilik yang terlalu sibuk atau selalu bekerja di luar kawasan dan tidak mempunyai masa untuk memberi makanan. Secara ringkasnya, sistem ini beroperasi dengan menggunakan air untuk menggerakkan bilah kipas. Tabung makanan ikan akan berpusing untuk menjatuhkan makanan ke dalam akuarium. Kadar pusingan ditentukan oleh kadar aliran air yang dikenakan pada bilah kipas. Ujian yang dijalankan menunjukkan mesin ini berfungsi dengan baik untuk mengagihkan makanan ikan secara automatik. Walau bagaimanapun kawalan air yang dikenakan kepada bilah perlu dikawal secara tepat mengikut kapasiti keperluan agihan makanan ikan yang sebenarnya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:akuarium; rekabentuk; mekanikal; kawalan hidraulik
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering > TK2000-2891 Dynamoelectric machinery and auxiliaries
ID Code:3984
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:05 Jul 2013 16:15
Last Modified:21 Jan 2015 15:23

Repository Staff Only: item control page