Hubungan antara efikasi kendiri dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar kejuruteraan

Abtholuddin , Fadhilah (2013) Hubungan antara efikasi kendiri dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
PDF
486Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara tahap efikasi kendiri dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Populasi kajian merupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan UTHM. Sampel kajian telah dipilih dari kalangan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Sampel bagi kajian ini ialah seramai 246 responden yang terdiri daripada 165 orang pelajar lelaki dan 81 orang pelajar perempuan iaitu daripada pelbagai peringkat tahun pengajian. Sampel yang dipilih merupakan persampelan secara rawak. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian korelasi kerana ingin melihat hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Kajian ini berbentuk deskriptif dan dengan menggunakan instrumen Self-Efficacy and Study Skill atau SESS skala lima mata bagi mengukur tahap efikasi kendiri dan kemahiran belajar pelajar. Nilai pekali alpha Cronbach untuk konstruk efikasi kendiri adalah α = 0.88 manakala bagi konstruk kemahiran belajar adalah α = 0.89. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari segi tahap efikasi kendiri. Pelajar perempuan dilihat mempunyai efikasi kendiri yang lebih tinggi dengan (min = 141.94) berbanding pelajar lelaki dengan (min = 114.45). Selain itu, didapati juga bahawa wujud hubungan korelasi positif yang kuat di antara tahap efikasi kendiri dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Sebagai kesimpulan, hasil kajian menunjukkan bahawa sekiranya efikasi kendiri meningkat, maka kemahiran belajar juga akan turut meningkat.

Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1050 Educational psychology
ID Code:4171
Deposited By:Normajihan Abd. Rahman
Deposited On:03 Sep 2013 12:19
Last Modified:03 Sep 2013 12:19

Repository Staff Only: item control page